Powered By Blogger

Sunday, June 19, 2011

alangkah untungnya andai kau jadi muslimah sejati


atau






Metaforanya, ada seorang manusia, diberikan pilihan sama ada menaiki sebuah motor kapcai yang buruk ataupun menaiki sebuah superbike bagi menuju ke sebuah destinasi yang terlalu jauh. Tetapi aneh, dia dengan tanpa rasa rugi mengambil pilihan cukup menaiki motor buruk tersebut dan mengenepikan pilihan lain yang ternyata lebih baik.


Begitulah fenomena hari ini. Jadi, bergembiralah bagi seorang muslimah yang telah memilih gaya hidup Islamisme berbanding isme-isme lain yang entah apa-apa.




=) Hati sentiasa tenang. Apabila harapan kepada dunia telah ditawakkalkan dengan tali ilahi serta janji-janjiNya, maka kegelisahan dalam memilih laluan ke arah kebahagian kian jelas. Natijahnya, islam yang bersifat fitrah berupaya meneutralkan hati ke arah ketenangan hakiki.


=)  Terpelihara kehormatan. Seorang meslimah yang berbusana sopan akan mudah terhindar daripada jelingan nafsu yang rakus.


=)  Tidak perlu menipu diri sendiri. Benarkah kebahagiaan adalah dalam meraih cinta insan? Atau menjadi manusia yang paling popular? Atau menjadi perempuan yang paling seksi dan menggoda sehingga mengkin lebih layak bergelar betina? Jikalau begitu, mengapa ramai artis-artis barat seperti Britney Spears, Lindsay Lohan dan sebagainya dilihat kucar-kacir kehidupannya walaupun setiap yang diidamkan telah diperoleh? Hayatilah, sesungguhnya asas menuju kebenaran adalah kejujuran. Hakikat kebahagiaan adalah dengan menyerahkan keyakinan kepadaNya serta mentaatiNya setulus mungkin akan memutikkan bunga kebahagiaan.


=) Memahami akhlak yang sebenar. Sungguh memalukan apabila setiap harikita dipopularkan dengan akhlak yang bukanlah berlatarkan fitrah mahupun fikrah islamiyyah sebenar. Terjerit-jerit, melunakkan suara pada yang tak sepatutnya serta setiap yang bercanggahan dengan syarak bukanlah akhlak yang patut dibanggakan. Cara hidup apa yang kita aplikasi?


=) Tidak hipokrit dengan tuhan. Ramai orang berkata, "tak pe perangai buruk, asalkan hati baik". Alangkah malangnya apabila seseorang yang berpotensi menjadi mukminah contoh memilih pula gaya hidup yang kurang diredhaiNya. Apa yang diperjuangkan sebenarnya?


=)  The happy ending. Pengakiran bagi pengorbanan jiea seorang muslimah dalam mengekalkan prinsipnya di saat yang penuh fitnah ini adalah redhaNya serta syurgaNya! Inilah janji Allah.


=)  Permata yang dicari oleh lelaki soleh. Prinsip biologi hormofilli membuktikan bahawa seseorang manusia akan mudah tertarik kepada manusia lain yang memiliki keserasian dalam nilai, gaya hidup serta prinsip.


Wahai kaum hawa,

 Hanya dengan mengamalkan ideologi Islamisme yang tulen secara telus akan membuatkan hati kaum Adam benar-benar kagum kepadamu. Justeru,
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih