Powered By Blogger
Showing posts with label Opinion. Show all posts
Showing posts with label Opinion. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

join club... like lg... but x sokong....??? pe citer??? faham x??

assalamualaikum...




hari ni aku nak kongsi sikit la dengan korang sumer yang sudi bace ape yang aku membebel dan merepek kat cini ni kan.




baru-baru ni aku ade join 1 club ni tau, club nie best la bagi aku kan, but don't know la 4 org len kan..
aku tgk potensi club ni not bad la coz ramai gak yang join club ni n x kurang jugak ramainye yang like club nie kan...




post-post club ni pon amat bermanfaat la, macam-macam ilmu pengetahuan yang boleh dapat kat cinie. person yang manage club ni pun rajin sangat kaji-kaji bende-bende yang other person ever think it that way... logik la. dan huraian die pon kite boleh accept la.




club ni lebih pada club 4 bela nasib umat islam atas tindakan insan-insan agame lain yang tak tau nak hormat agama lain, padahal kita orang islam ni tak pernah pon nak hina or keji agame dorang. kite pun tau gak perasaan dorang kalau agama diorang kene hina. but dorang tetap nak keji n hina agama kita yang Agung ni. tak tau la ape masalah diorang yang agama lain nie.




satu bende yang menarik pandangan aku adalah ade la sorang manusia nie, aku malas la nak bagi tau name die, sebab korang tak kenal kot sebab aku sendiri tak kenal die, aku tau die wujud pon sebab kitorang sama-sama join club ni n same-same like club ni.




tapi kan, yang peliknye tentang mamat ni kan, die nie, aku tengok every pictures yang ade kat blog nie die like, but tibe tang komen bukan men lagi die bangkang pendapat or keputusan ujikaji yang manager club nie wat. lantak die la ape pun keputusan die, die yang buat research tu. tu hak die la die nak kate ape pon, dah kire bek dah die rajin nak wat kajian pasal tu sume, kalau nak harapkan orang lain, xde nye rajin nak wat bende-bende cam tu. die dah dikire bek dah sanggup pikul tangguingjawab untuk mendedahkan ape yang terselindung selama ni yang kite sume tak tau.




die berani bongkarkan agenda-agenda yahudi untuk jatuhkan agama islam sikit demi sikit...
ade gak yang tak puas hati.. tak faham betul, aku tengok profile dak yang membangkang tu tengok background religious die islam. malay plak tu but tak sokong rakan seagama. pelik. siap kate manager bolg tu bodoh lagi sebab postkan bende-bende mengarut.




bagi aku kan, aku pun tak leh la nak salahkan die 100 peratus, sebab hidayah dari Allah ni datang tak same pada setiap makhluknya. jika yang dikehendakiNya sahaja yang dapat. bukan dalam sekaligus tu Allah turunkan hidayah untuk sume makhluk Allah.




tapi if tak suke dengan ape yang manager tu wat, i think die x sepatotnye like pic tu if die x suke kan, die leh join, tu xde masalah langsung, sebab die leh amek info len kat citu, but 1 je sepatutnye die xyah la cakap bad thing kat citu kan. sebab bukan sahaje jatuhkan semangat manager tu but jatuhkan jugak maruah die sendiri sebab orang ramai can read that statement yang die tulis tu. so orang akan judge die la kan,...




sepatotnye die pk dulu bek buruk ape yang die buat tu kan.




so... 2 all my friends.... n 4 my self also.... pasni kalau kite nak wat something tu kan kite kne la pk dulu akibah dan musibah yang bakal kite tempuh... pandangan orang kat diri kite atas ape yang kite wat.




so baru la orang x akan anggap kite ni sorang yang BODOH SOMBONG...




wassalamualaikum....
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Friday, March 25, 2011

lelaki kalau x slim xpe? tp kalau perempuan x bleh?

ape kes? ape beze lelaki dan perempuan dalam skop slim x slim ni? kenapa lelaki boleh dan perempuan x boleh?




aku tak setuju.... langsung tak setuju... memang aku tak setuju....
ape beze nye, ok, if lelaki kate diorang tak berapa nak sedap mate memandang jika terpandang pada perempuan yang berbadan agak comel a.k.a. tembam, tak semestinya perempuan dapat tengok lelaki yang seangkatan seperti tu.
jadi papatah yang tersebut di atas tu x betul la kan. so memang aku tak sokong if ade some one yang cakap macam tu, even sekali die lelaki or perempuan.
ok, sape kita nak memilih orang? kita ni dilahirkan sempurna ke dari hujung rambut sampai hujunga kaki? apa hak kita untuk pertikaikan tentang kejadian seseorang? melainkan orang itu gunakan nikmat tubuh badan tu kearah yang tak berapa nak betul tu kita boleh la nak buat macam tu ka.... wa panas hati betul la.




kepada jejaka yang dimaksudkan, if awak dilahirkan sempurna, saya boleh terima if awak nak memilih orang untuk di pandang. tapi awak pun ntah pape, so tak payanh nak berangan sangat la nak yang elok je, tak semua yang kita nak kite dapat... ni ayat ni selaku kawan aku gune. aku cilok je ni, sebab rasenye sesuai je nak digunakan kat sini....
sebab saya tahu awak pun tak sempurna jugak macam orang-orang lain. sebab mane ada manusia kat dunia ni yang dilahirkan sempuarna segalenye? dan awak kate, lelaki gemuk tak ape, tapi awak tak suke prempuan gemuk, habis tu awak ingat kami yang perempuan jelitawan-jelitawan ni suke ke lelaki gemuk? ni nak bandingkan dengan statement die ni je, bukan bermaksud kami perempuan memang tak suke lelaki gemuk, tak sama sekali... kitorang bukan macam die ok....




what the fuuuuuu...... awak kate lelaki gemuk tak kisah ek... mesti awak pun seorang yang gemuk kan, sebab tu awak kate macam tu, sebab nak bela diri la katekan, sedangkan awak sendiri pun tahu kebenarannye, orang kate x baik tau menipu, tak kire la tipu banyak ke tipu sikit, kalau dah namenye tipu tu makne nye berdose la ok....




so... i nak tanye u la kan, maklumla, ramai yang kate pendapat u ni satu pendapat yang bernas. ok, ape slahnye perempuan tu gemuk? tak kire la die dari lahir dah keluar-keluar je dah bulat sketul or mule gemuk bile dah besar ke. ape salahnye? tu yang dikurniakan pada die. awak manusia biasa, saya pun same, dan ape hak kita (terutama sekali awak) untuk menilainye? untuk mengkritik die? kenapa? sedangkan kita tahu ia adalah makhluk ciptaanNya. so perasan atau tak bile kita menilai seseorang itu terhadap fizikal die, kita sebenarnya tengah memperlekehkan kuasa yang kat atas sana tu. boleh bayangkan tak???




ok, jadi, tak payahlah nak pilih orang ni, tak kisah la sape pun, asal kan die tak membawa kepada kemudharatan pada kita sudah la, ingat satu je, if kita tak suke kepada seorang, berpuluh kali ganda bilangan orang yang akan tak suke kita.




jadi belajarlah terima seseorang itu seadanya ok. supaya semua orang boleh terima kita...(awak ingat tak ni?)
kalau tak ingat, saya sekeh kepale awak. ade bran Mr TOK????
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Wednesday, February 23, 2011

PENGAMPU...

Assalamualaikum…

Hai semua rakan-rakan pembaca dan sahabat-sahabat follower yang disayangi.harap korang semua baik-baik. Hari ni aku nak bercerita merangkap berkongsi pengalaman serta pendapat aku tentang tajuk kat atas tu.
Korang pernah tak sebelum ni ke atau sekarang ni ke ada kawan-kawan yang suka mengampu? Eh tapi sebelum tu, aku nak terangkan maksud mengampu ni dulu. ok, menganpu ni lebih kurang macam memuji tak kira tempat, sokongan tak bertempat. Sebagai contoh bagi yang kurang jelas: “eh, comelnye die, cutenye die.. dan bla..bla..bla...” sedangkan kita Cuma biasa sama macam kawan-kawan yang lain jugak sebab pakaian seragam. Kenapa dia tak puji orang lain yang ada kat situ sedangkan semua kawan sekelas. Dan ada juga yang suka gelak atau ketawa dengan apa yang kita bualkan dan cakap macam ni… “eii… kelakar la awk ni… hehehehe… comelnye…” ni la lebih kurang contoh dan ayat-ayat yang selalu aku dengar dari mulut-mulut si pengampu ni. Korang pernah tak mengalami ni semua?
Senang je kita nak kenal siapa orang-orang yang suka mengampu ni. Kita tak payah susah-susah nak cari siapa pengampu ni sebab kalau korang nak tau, pengampu ni memang tabiat dia mencari, bukan dicari. Kita tak cari dia, tapi dia yang cari kita. Tapi kalau kawan-kawan kita cari kita tu jangan la kata dia tu pengampu jugak. Bukan semua orang kita boleh kategorikan sebagai pengampu.
Pengampu ni jugak kelakuan dia melebih-lebih padahal kebaikan dia tak ada la perpada sangat. Macam yang aku cakap tadi la, kebaikan tak bertempat, memuji tak kena pada waktu, puji benda yang sepatutnya tak perlu dipuji. Tak pernah Nampak kita wat salah sedangkan memang salah. Tak cuba untuk perbetulkan kita sebagai kawan.
Aku bukan nak kata aku ni seorang yang baik. Memang tak la kan. Mana ada orang yang sempurna dalam dunia ni kan. Cuma nak ingatkan je. Kepada semua, jangan jadi seorang pengampu sebab pengampu ni tak disukai siapa-siapa. Korang sendiri pun tak suka kan kalau ada orang datang mengampu kan korang tanpa dijemput. Mesti rimas kan. Macam tu jugak la orang lain. Jadi jangan la jadi pengampu. Korang tak dapat apa-apa pun kalau jadi pengampu ni. Korang perbodohkan diri sendiri ada la. Buat diri korang kene gelak je. Nanti korang sendiri jugak yang malu kan.
Aku cakap ni semua untuk kebaikan korang jugak. Kawan-kawan aku semua ni tak kira kenal atau tak, aku anggap korang semua kawan aku sebab korang sudi jengok blog aku ni. Jadi aku mesti la kongsi apa-apa sahaja dengan korang agar yang baik-baik semua korang boleh ambil, mana yang tak elok tu korang buang je. Tak kisah la. Aku Cuma nak bagi yang terbaik je pada semua.
Aku kongsi ni semua dangan korang sebab aku pernah alami situasi berdepan dengan pengampu dalam pergaulan seharian aku. Memang terus terang la aku cakap kan, rimas sangat-sangat. Tak tau nak jelaskan macam mana rasa dia. Rasa menyampah pun ada, rimas, benci pun ada, macam-macam rasa ada. Lagipun tak ada manfaat langsung ada kawan yang suka mengampu ni. Makin rugi ada la. Sebab setiap bait kata yang keluar dari bibir pengampu ni, bukan dari hati pun. Tapi diorang bercakap demi sesuatu kepentingan. Tak jujur, penipuan merata tempat. Nak ke kene tipu macam tu? Tentu tak nak kan, memang dia puji kita, tapi tu kat mulut je, kat hati tak ada siapa pun yang tahu melainkan dia dan yang Satu.
Jadi kawan-kawan ku sekalian, korang semua dah besar panjang dan dah boleh wat keputusan sendiri. Demi kebaikan, fikir la baik-baik, jangan jadi macam tu tau. Sebab orang tak suka. Bila orang tak suka, kita pun tak selesa kan. Kita berkawan ni mahukan keselesaan. Jadi bila tak selesa, semua jadi tak tentu hala kan. So masing-masing kene betulkan apa yang patut, kepada si pengampu tu berhenti la jadi macam tu, nak ke orang sekeliling benci kita? Tentu tak nak kan, bagi orang-orang yang dikelilingi pengampu ni, nasihat la dorang, jangan putuskan persahabatan pulak. Nasihat kat diorang baik-baik, cuba slow talk dengan diorang. Apa sebenarnya yang diorang nak? Kalau nak berkawan bukan itu care dia. Nak berkawan tak perlu jadi pengampu, orang akan berkawan dengan kita bila orang tu yakin dengan kita, bila orang tu percaya pada kita. Jadi cuba sebaik mungkin untuk jadi yang teerbaik bagi semua. Tapi bukan jadi pengampu.
Aku percaya kawan-kawan disini semua tak macam tu kan. Jadi enjoy your life k. good luck and all the best to all of you…
Sekian…[dontjugdeabookbyitscover]

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Monday, January 31, 2011

don't judge a book by its cover

sekarang ni kan. kebanyakan orang yang kita kenal, tak boleh nak terima kenyataan kalau orang lain lagi bagus dari diri dia, betul kan???




sebagai contah la kan. situasi die macam ni, bila seseorang tu pada mulanya mase kat zaman sekolah la kan die tak berapa pandai dan dia salah seorang dari geng-geng dak-dak nakal, tapi bila dah masuk alam ipt, kite dengar kabar yang die dah berubah atau die makin hargai ilmu la lebih kurang kan. die kurang wat masalah, dah tak macam dulu la kan.




tapi kenapa ade dikalangan kawan-kawan yang x boleh nak time kenyataan? kenapa mesti jadikan diri die dulu sebagai titik noktah untuk nilai diri die yang sekarang? kenapa tak boleh nak terima diri die yang sekarang?




ade pulak yang mengutuk, mencaci dan macam-macam la sedangkan budak tu tak caci atau hina die pon. mmg la dlu budak tu x pandai dari segi pelajaran kat sekolah, tapi makin jauh perjalanan, makin banyak yang boleh dipelajari. jadi jangan la perlekehkan die kalau die tu ternyata lebih elok dari diri korang..




cube la terime kenyataan, walaupun dulu korang seorang budak yang jadi harapan, tapi kalau korang sekarang seteraf je dengan budak-budak nakal dulu, budak-budak yang korang anggap tak pandai dulu tu, ape maknenye? sendiri boleh pikir la kan.




sebab tu la kita dalam hidup nie, sebelum nilai diri orang, nilai dulu diri kita sendiri. kalau kita ni dari sudut luaran atau dalaman tip top dari ujung rambut sampai ujung kaki tak pe. tapi memang tak mungkin la kan sebab dah terang-terangan dah di nyatakan setiap manusia yang ade dalam dunia nie tak ade sorang pun yang sempurna.




jadi, belajar la untuk terima kelebihan orang lain dan belajarlah untuk terima kelemahan diri sendiri sebab jika orang lain perlekeh kan kita, taukan macam mana rase nye?




jadi bila kita perlekehkan orang cam tu jugak lah orang tu rase. so sume dah besar panjang, jadi masing-masing boleh pikir sedetailnya. kaji la sendiri untuk dapatkan yang terbaik...




all the best kawan-kawan....
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih