Powered By Blogger
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

pakai tudung, tapi......

Assalamualaikum...

herm.. penat, baru balik dari bank islam. pergi bayar yuran pengajian...
tak lama lagi dah nak mula semester baru...
kene la langsaikan yuran. baru boleh belajar...

ramai sangat orang tadi, laki mahupun pempuan... penuh bank islam kat seri gombak tadi...
lama kene berdiri.. tak pe asalkan dapat bayar...=)

berbalik pada tajuk nurul petang ni... (ni pon sebab ape yang nurul tengok tadi.. tapi gambar dari pakcik google... trime ksh ye pakcik.. hehe)

gambar hiasan

  • pakai skirt pendek atas lutut.
  • pakai baju lengan pendek.
  • nampak bontot. (agak kasar)
  • nampak spender / seluar dalam.
  • pakai baju sendat / lekat.
  • pakai baju jarang / nipis
  • nampak bra.
  • pakai baju singkat.
  • nampak pusat bandaraya yang dalam semeter. hehe
  • pakai seluar ketat.
  • pakai selua pendek.
  • nampak rambut.(tutup ape?)
  • bercium / bergesel dengan bukan muhrim.
  • jadi pelacur (astaghfirullahalazim)
  • nampak dada / lurah / sungai / parit... semua la.

erm... ade lagi idea lain?
ce comment ce comment.. hehe


jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Monday, June 27, 2011

kelebihan wanita bertudung


***$  Dapat pahala.

***$  Tutup aurat (rambut, leher dan dada)

***$  Nampak manis, ayu, sopan dan lembut.

***$  Lingdungi rambut rosak kena hujan dan panas.

***$  Dapat sorok rambut rosak / menggerbang.

***$  Tak habis duit untuk rebonding / kerinting rambut.

***$  Jimat duit untuk dye rambut.

***$  Tak pening nak fikir gaya rambut mse nak cut.

***$  Tak perlu kepoh-kepoh baiki rambut mase dalam train atau kene tiup angin.

***$  Elak dari rambut masuk hidung orang lain mase kat tempat sesak.

***$  Kurangkan penyakit lemah jantung(terkejut tengok rambut, ingatkan hantu)

***$  Tutup kesan hitam bawah leher.

***$  Elak rambut dari pencemaran.

***$  Dapat gayakan tudung yang berbagai dan bergaya.

***$  Elak serangga sesat dalam rambut korang.

***$  Rambut tak masuk makanan pakwe korang mase date.

***$  Jadi orang bertamadun (cukup kain nak tutup aurat)

***$ Mak mertua pasti suka.. (haha.. gatai...)


jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Saturday, June 25, 2011

budaya negatif remaja

assalamualaikum...


di tengah hari yang cerah berseri ni, ewah.. syahdu je kan. nurul nak kongsi satu cerita a.k.a maklumat (macam tak sesuai je) dengan pembaca semua.


tetibe je tadi dapat idea, so nak kongsi la same-same dengan pembaca semua.










 
bukan senang nurul nak dapat idea tengah-tengah hari yang indah (walaupun agak panas) ni.


nurul nak kongsi apa yang nurul maksudkan dengan tajuk nurul kat atas tu.
nurul percaya yang majoriti pembaca ni semuanya remaja sama macam nurul kan
mungkin ade segelintir bukan remaja (xtau la ade ke tak) yang jengok blog nurul.
becerite sambil makan jambu dengan asam.


ok, berikut ialah antara budaya negatif yang cuba dibina kepada remaja macam kita sekarang : 

==!>   Materialisme...


          materialisme ialah sifap atau sikap mementingkan kebendaan dalam hidup. ia dalam kategori mata duitan la jugak. tapi materialisme ni, adalah sikap yang cuba dipupuk ke dalam diri remaja sekarang dengan cara berbelanja dengan boros, corak kehidupan, sikap memilih kerja, perjalanan hidup mereka dipenuhi dengan nilai kebendaan semata-mata.
          sebagai contoh, bila habis belajar dan menganggur, tak ada kerja, tapi hidup nak sentiasa mewah, bergaya dan berduit. bila cari kerja, tak nak kerja yang biasa. nanti kata " low standard ". betul kan?


==!>   Hedonistik


          budaya hedonistik ini ialah budaya hidup secara berhibur dan bergembira. seperti hidup untuk bersuka-suka tanpa ada batas dan kongkongan. seperti yang kita dapat lihat hari ni, di mana-mana sahaja ada tempat hiburan, boling, karaoke, wayang, klab-klab malam, dangdut, cyber cafe dan macam-macam lagi. ideologi ini mula diperkenalkan dengan propaganda "berseronoklah kamu sebelum kamu mati, kerana keseronokan itu hanya dirasaai ketika hidup" dan ini la yang tersemat kukuh dalam minda kita sekarang. memang dah tak boleh di buang lagi.
          sebagai contoh, di peringkat remaja, sekolah lagi, dah berkeinginan memiliki handphone, bercouple dan sebagainya, hanya kerana nak bebas merasai segala keseronokan. tindakan ibubapa melarang dikatakan terlalu mengongkong dan " berfikiran kuno ". sedangakn ibubapa tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. kuno ke nak jaga anak-anak dari terbiar dan jadi tak tentu hala, berseronok macam orang tak ada akidah, bergaul tanpa batasan jantina.  demi keseronokan sementara. mata dah kabur dengan kesenangan yang di anggap berkekalan.


==!>   Individualistik...


          gaya hidup mementingkan diri sendiri ini juga dah berjaya tersemat dalam jiwa kita semua sekarang. memang dah jelas lagi pasti. sebab kebanyakan remaja sekarang ni. tak terkecuali mana-mana sekali pon. apabila sesuatu perkara buruk yang terjadi di sekeliling mereka, mereka lebih senang untuk tidak ambil kesah sebab bagi mereka, perkara tersebut bukan melanda diri mereka, tapi orang lain, jadi mereka tidak perlu ambil tahu. dalam erti kata lain kononnya tak nak busy body la. tapi tidak bertempat.sebab segalanya tak nak ambil tahu. itu dah jadi pentingkan diri.
          kalau bergembira pon tak nak kongsi kegembiraan dengan orang lain. masing-masing nak pegang moto senang dan susah sendiri tanggung, bila dah susah tau pula cari orang nak minta bantuan. tak gitu pembaca semua?


==!>   Pembaratan...


          gaya barat yang memuncak sekarang ni cuba meruntuhkan budaya timur kita yang dari dulu menempat di hati kita semua. dengan diperkenalkan gaya hip-hop, fesyenista kononnya. gaya tutup litup yang diamalkan kita ini ketinggalan zaman. kononnya zaman sekarang ini gaya semuanya pelik-pelik dan up to date yang tak cukup kain. kan. cuba ingat balik sejarah yang kita belajar. tamadun manusia. manusia yang tidak bertamadun digambarkan dengan hanya memakai cawat kecik sahaja tanpa berbaju dan tak cukup kain.
         dah boleh fikir sekarang? budaya mana yang ketinggalan zaman dan tak bertamadun? budaya timur kita atau budaya barat mereka?




kenapa semua ni terjadi?
sebab minda kita waktu remaja ini mudah menerima
dan always nak mencuba.
apa yang orang lain buat, yang itu kita nak buat.
betul tak?

wallahua'lam...

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Thursday, June 23, 2011

lumrah perempuan yang lelaki perlu tahu,mesti tahu dan wajib tahu.


SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk tapi hanya ingin bermanja dan inginkan perhatian.

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, tapi cuma mahu lelaki ikut katanya sekali sekala.

HALUS : ibarat sehelai sutera cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan sebagai pengajaran untuk dirinya dan bukan dendam tapi agar dia lebih matang akan datang.

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tidak perlu diragui. 

KORBAN : wanita sanggup berkorban apa sahaja untuk seseorang yang amat disayangi. termasuk ibu bapa, anak-anak serta suami. wanita amat TABAH.

PRIHATIN : sentiasa memerhati keadaan sekeliling dalam diam. 

MANJA : walaupun dia seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. suka bermanja bukan sahaja pada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.

EGO : wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya akan mengenepikan egonya bila berhadapan dengan orang yang dicintainya itu. dan juga ego wanita BERTEMPAT.

CINTA : cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan yang paling mulus. rebut la cinta tu.

SEKS : seks bukanlah segala-galanya pada wanita. kerana wanita diciptakan dengan 9 NAFSU dan 1 AKAL nafsu yang banyak dan tidak tertumpu pada satu sahaja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 AKAL dan 1 NAFSU. fungsi lelaki adalah untuk membimbing wanita dan bukan MENGHANYUTKAN mereka.

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Monday, May 23, 2011

LoGhAt KeLaNtAn Vs BaHaSa MeLaYu BaKu

bahasa kelantan vs bahasa melayu 

buleh = boleh
kupik = kedekut
make = makan
gapo = apa
sayo = saya
ghoyak = beritahu
blago = berlanggar
mokte = rambutan
takdok gapo = tiada apa-apa
toksae = taknak
wak lolok = tipu
supik ngokghak/glenya = beg plastik


am, an, ang...

jangan = jange
lengan = lenge 
ayam = aye
garam = gaghe
geran = gere
pisang = pise
pasang = pase
yang = hok
bukan = buke
binatang = nate
lubang = lube
abang = abe


a, o, e..

buka = buko
muka = muko
mana = mano
baka = bako
bunga = bungo
siapa = sapo
sapu = nyapuh
tidur = tido
reda = seghek
seterika = stadeko
arwah = muloh


bahasa kelantan     =     bahasa melayu

ruput make kkambing = rumput dimakan oleh kambing
tok ppaka = tak berguna
make kketeng = makan di kantin
kkecek = cakap
baju ddale = baju di dalam (tuck in)


bunga bahasa = maksud

yak = opocot
deh? = ok?
gak = habis tu
pah? = jadi?
ho = ya lah
dok = bukan
lamoke = nanti


kata penguat = maksud

manis lleting = manis sangat
masing ppeghak = masin sangat
pahit llepe = pahit sangat
mase pughik = masam sangat
tawa eber = tawar
putih ssuih = putih sangat
hite llege = hitam legam
biru kketu = sangat biru
kuning nnehe = sangat kuning
kenye bbonyah = terlalu kenyang
comel llote = sangat cantik
gemuk ddebok = montel
busuk bhanga = sangat busuk
hapok kohong = sangat hapak
nnakok apah = sangat takut
ceghoh bbole = sangat cerah
jatoh clabok = jatuh sangat teruk
kuca hanya = sangat bercelaru
srabok perok = bercelaru


istilah yang selalu jadi salah faham

selalu = terus  @ wak selalu = buat terus
rajin = pernah  @ rajin gi = pernah pergi
buje = bujang  @ oghe buje = belum berumah tangga
kote = kering  @ nyo kote = kelapa kering
patat = dasar  @ patat kholi = dasar kuali
sia = sembuh  @ luko sia doh = luka dah sembuh


kak nih la dulu deh.. nati sambong lagi deh.... baco molek...bele-bele senyum sokmo


jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Monday, May 02, 2011

aKo0 k1d@L ke???

ok. ni adalah info yang aku berjaya cari. orang yang kidal ni, lebih banyak menggunakan tangan kirinya berbanding tangan kanannya. untuk melakukan segala pekerjaan, mereka cenderung untuk menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan.(tapi kalau yang guna untuk basuh buang air tu aku tak pasti la pulak)

kidal

tapi dari segi menulis, wikipedia menyatakan bahawa menulis tidak dapat digunakan untuk menentukan seseorang itu kidal atau tak. kerana sebahagian orang yang kidal menggunakan tangan kanannya untuk menulis sementara untuk hal-hal yang lai mereka menggunakan tangan kirinya.(bagi kes aku pula, aku menulis dengan tangan kiri, tetapi dalam hal-hal yang lain pulak aku akan menggunakan tangan kanan seperti memasak, menggunakan mouse, sikat rambut. menaip pun tangan kanan aku lagi cekap berbaning dengan tangan kiri. semua perbuatan lain-lain pun aku lebih cenderung menggunakan tangan kanan kecuali menulis dan semasa di toilet.... takkan nak guna tangan kanan jugak kan. )

aku ke kidal?


ada kawan aku pula menulis dia tangan kanan, tapi yang lain-lain dia lebih kepada tangan kiri. contohnya aku selalu perhatian kalau kami makan jajan ke kuaci ke. keropok ke, dia lebih cenderung guna tangan kiri dia. pelikkan. jadi, diantara dua situasi ni, siapa yang lebih dikategorikan sebagai kidal, aku tau dia?

DoMiN@n 0tAk K@nAn

orang menjadi kidal sebab dominasi dai otak sebelah kanan dia. namun sebahagian besar orang lebih dominan kerja otak kirinya sehingga gerakannya lebih banyak menggunakan gahagian kanan.

perbezaan kiri dan kanan otak manusia

buat masa sekarang ni, penyebab bagi kecenderungan kidal ni masih belum dapat dikenalpasti. kerana ada yang menyatakan bahawa gejala ini dipengaruhi oleh nasab keturunan, tetapi ramai juga yang bersepakat bahawa ianya disebabkan oleh kebiasaan sesetengah individu tertentu.

o0tUnGnY@ 0r@nG kIdAl

1. boleh memproses berbagai ransangan lebih cepat.

2. lebih cepat merespond


3. boleh bersembang sambil melakukan kerja lain.


4. kebolehan mengolah bahasa pada kedua-dua belah otak.


5. lebih kondusif dalam mengolah informasi.


6. hubungan antara otak kiri dan kanan lebih baik.


7. mental lebih baik bila berusia kelak.

KeKuRaNgAn OrAnG kIdAl

1. sukar untuk menulis di dalam buku tebal lebih-lebih lagi untuk muka surat di bahagian kiri.


2. sukar untuk gun peralatan tangan kanan seperti memanah dan kerusi bermeja.

KeLeBiHaN oRaNg KiDaL

1. mudah menulis tulisan jawi.


2. lebih kreatif.


3. mudah menggunakan kamera SLR.


4. semasa zaman peperangan dahulu kala, individu antara pasukan akan saling memegang tangan kanan mereka untuk menyatakan mereka tidak bersenjata. hanya individu yang kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan untuk memegang senjata menggunakan tangan kirinya.


5. kelebihan dalam seni, teknologi maklumat, musik dan hiburan, dan sukan.

kebijaksanaan orang kidal


*bagi isu makan pula, selogik akal kita, semua orang makan guna tangan kanan, orang kidal pun makan menggunakan tangan kanan mereka kecuali apabila menggunakan sudu. sebab itu la orang kidal ini akan selalu ditegur apabila menggunakan sudu. jadi untuk orang-orang kidal ni. makan la guna tangan je sebab ikut sunnah Rasul...

"wahai ank, bacalah nama Allah dan makan lah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu juga."
(hadith riwayat Bukhori dan Muslim)

wassalam.....







jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Saturday, April 30, 2011

jangan merokok



jangan merokok...
sayang. i x suke la u isap rokok. u ni, macam la i x bagi u makan nasi, yang u gatai nak isap rokok jugak tu kenapa? u ni, membazir je tau u isap rokok tu. ape yang u dapat bile u isap rokok? cube u bagitau i ape yang u dapat. i sedih la dengan u. u ni x faham ke kesedihan i nie? u x nampak ker?

u ni memang bute mate hati la u. u tak perasan ke? bile u isap rokok, semua orang pandang u x puas ati je tau. hah? ape? u kate xde? u ni memang la... hati u tu hati batu ke concrete? ape? x kisah? u ni boleh cool lagi ker? memang la u nie... i rase mak u memang lahirkan u dalam peti ais la... sebab tu u tak de perasaan kan. ape punye manusia la u nie. 

jap. bek u dengar i nak cakap nie... eh x... maksud i, u kene bace ape yang i tulis nie. u... merokok ni kan u, buat mulut u bau longkang tau tak u. hah? u kate xde bau? what the fuu u kate xde. memang la sebab bau u dengan bau u sebijik sebuntat same bau macam longkang tau tu yang u x prasan tu bau u yang busssssuk tu.... sumpah i cakap... u selesa ker? dah la mulut busuk... duk sebatu pun dah berbau tau. 

bukan setakat tu jr u.... gigi u dah la kunig... siap ade hita-hitam lagi. eiiiuuuwwwww... u tak malu ker? owh ptut la... baru i prasan, kalau u senyum or gelak, mesti u caver semacam jer... selama nie i ingat u cover macho, uper2 nye u cover gigi kuning u yer... hahahaha.. padan muke u, sapa suh u isap rokok... amek kau...

jantung u mesti dah rosak kn... u. u x pernah belajar ker? sumer orang tau yang rokok ni rosakkan paru2 kite. bukan setakat u sorg jer yang kene. orang sekeliling u pun kene tempias sekali tau x... u ni... dah la u tempah tiket untuk u mati awal. pastu tiket yang u tempah tu dah la ke nerake. hah ape die? u solat penuh? memang la u solat penuh, tapi yang u gi isapa rokok kat tempat awm tu wtpe? u dah tempah tiket untuk orang sekeliling u selaki tau untuk diorang mati awk dari u... u ni boleh dikire pembunuh bertopengkan alim ulama tau... u fikir la sendri... orang sekitar perokok berisiko mati dulu kerana kesan die lagi dasyat tau... 


ni ha kandungan dalam rokok
 u tengok la sendiri kandungan rokok yang u isap tiap2 ari yang berkotak-kotak tu... kalau dah dalam sebatang dah macam nie, yang u isap berbatang-batang tu macam mane la pulak kan... bile u nak insap nie? u tengok tu. bahan bakar untuk roket pon de dalam rokok tu.bukan tu je, karbon kat exhaust kete pon ade u, bahan cat la, gas untuk kumbahan pun ade, acid tu la acid ni la,pencuci toilet la, x ckup tu je, racun serangge la. bahan pelarut industri lg, bahan yang orang gune untuk buat lilin pun ade dalam rokok u,bateri la... ni ha cecaie yang dalam lighter tu pun ade u... u tak serm ke? tak ngeri ker? ape punye orang la u nie... tuhan mestidah tarik nikmt u kan... tu yang bende ni u rase sedap tu.  insap la cpt u... x sanggup i.


eh same macam u la ni
u... ni la kaum kerabat u kan... xyah nak bohong i la k. i kenal la orang2 macam u nie. eh jap... same l cam muke u... memang seiras... 
em u nie kan. i berkias pon u tak faham ker? i cume nak cakap yang bile u isap rokok, u xde beze la dengan menatang nie. xde beze la antare u dengan die nie. same je... tapi die xpe la sebab die cume dianugerahkan otak sahaje oleh Allah, tp xde akal. u tu yang ade otak dan jugak akal tu pun same je cm die nie. so ape u nak kate?  nak marah? marah la... ade i kesah? i cakap nie semua sebab i sayang u tau... kite kan saudare semanusia. tapi kalau dah u sendiri nak jadi saudare se binatang dengan menatang nie, i tek leh halang u. terpulang la kat u, u dah besar panjang... u pikir la sendiri. but u... i nak ingatkn u dengan i bende....


innalillah
u... nti kn ni la u kan jadi. memang la semua orang akan mati, tapi u punye mati lagi tragis u tau. dah la mati sebagai pembunuh yang tak dihukum kat dunie,... tunggu je la hukuman ngeri kat akhirat tu... padan muke u... idah nasihat dah u... selebih nye u pertinbangkan la sendiri gune akal waras u tu... u tanye kenapa u mati sebagai pembunuh? ish u nie,,, bengap ke ape? u isap rokok, orang lain terhidu asap rokok u tu akan dapat habuan penyakit jugak tau... ha dah boleh fikir dah? hahahah babai u....


jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Sunday, April 03, 2011

ORANG TAK SUKA BILA

bila selalu sangat bercerita pasal kekasih sama ada lelaki mahupun perempuan. korang tak percaya? cuba korang ingat balik setiap kali korang bercerita pasal kekasih hati korang tu, apa riaksi kawan-kawan korang? diorang excited tak nak dengar?








excited? yeke? mana korang tahu diorang excited? ok bagi korang lebih faham lagi atau lebih jelas lagi. korang mesti sentiasa bercerita dengan kawan-kawan korang kan. tentang berbagai-bagai topik kan. so cuba korang bandingkan respond dari kawan korang tu tentang topik yang korang selalu bualkan dengan topik balak-balak or awek-awek korang tu. adakah sama reaksi diorang diantara topik-topik tu.




mesti tak kan. tambah lagi kalau apa yang korang cerita pasal kekasih korang tu pasal kelebihan dia ke atau pun kebahagiaan korang dengan pasangan korang tu ke. sebab, orang lain akan rasa menyampah. kalau setakat sekali dua je korang bercerita, orang dengar lagi, berminat juga lah nak dengar. but kalau dah sepanjang masa, pantang ada masa, korang asyik bukak je cerita pasal pasangan korang tu, orang lain akan naik muak tau.




apa yang aku cakap ni benda betul sebab, kita nampak je orang tu macam berminat, tapi perasan atau tak, ianya cuma dibuat-buat. tu korang akan perasan kalau korang peka dengan kawan korang tu waktu bersembang pasal perkara lain dengan perkara tu. lain respond dari diorang.




kalau apa yang korang cerita tu kelakar bagi korang, kalau orang dah naik menyampah, diorang cuma sengih je, paling kuat pun, akan gelak sepatah dua. betul tak apa yang aku cakap?  yang akan gelak terbahak-bahak cuma korang sendiri je. kawan korang tu tak akan ikut terbahak-bahak.








lagipun, yang beria-ia nak cerita kat orang tu kenapa? sebab korang cuma bercinta, bukan bernikah pun, tak ada ijab kabul lagi, jadi, belum tentu ianya kekal. cuba korang bayangkan, korang beria-ia cerita itu ini kat kawan-kawan waktu bahagia. tup-tup tba masa dan ketika yang belum pasti, hubungan terputus di tengah jalan. apa korang rasa kawan-kawan korang cakap? apa yang bermain di benak mereka? dapat bayangkan?




semua akan tersengih je dalam hati atas apa yang terjadi. mungkin akan ada jugak yang akan berkata sedemikian "dulu beria, setia la, x nampak yang lain la, macam pasangan paling bahagia la, paling tak buat salah la, paling hormat antara sau sama lain la.. last-last terkubur jugak.". apa korang rasa? malu tak? kawan-kawan tak akan zahirkan pada korang, tapi diorang akan bercerita sesama diorang tanpa korang.




lagipun kan, benda belum pasti, jika Allah nak ia setakat tu cuma, ia tetap akan terjadi, so, tak perlu la nak over-over sangat. kebahagiaan yang Allah bagi, jika korang buat orang lain rasa tak selesa, Allah akan tarik balik nikmat tu jika Dia berkehendak.




jadi, tak payah la nak beria-ia sangat dengan hubungan setakat bercinta tu, korang muda lagi, masih jauh perjalanan hidup ni. masih ramai manusia yang akan korang jumpa. dan satu lagi, setiap apa yang korang inginkan tak semua akan korang dapat. boleh fahamkan?




jangan jadikan korang sebagai bahan ketawa orang lain di masa akan datang. memang bangga waktu sekarang, akan datang tak siapa yang tahu. lagipun, manusia ni lumrah dia tak suka dengar tentang perkara sebegitu. seperti korang jugak, kalau ada kawan korang yang sentiasa bercerita tentang kisah dia an pasangan dia, korang jugak akan rasa menyampah kan? tipu la kalau tak. walau mulut kata tak, hati tetap kata ye. tak mustahilkan.




jadi, bila kita tak suka, jangan buat perkara yang sama pada orang lain. rasanya kalau tak cerita lagi baik. sebab if apa-apa yang terjadi masa akan datang, korang takkan rasa tebal muka pada kawan-kawan yang menjadi tempat korang bercerita sebelum ni.




dan jangan sesekali merasakan diri korang yang paling baik dari orang lain. semua dilahirkan tak sempurna. apa pun, cuba menerima kritikan dari yang lain. kita ni semua manusia biasa yang tak lepas dari kesalahan. jadi jangan anggap orang lain tu sentiasa salah dan kita betul.




dan jangan bangga dengan apa yang korang buat sedangkan apa yang korang buat tu korang sendiri tahu tak betul. contoh nya, bangga bila melawan cakap ibu bapa atau bangga bila dating dengan kekasih berpegangan tangan dan cium sana sini. tau kan perkara macam tu tak baik kan. so jangan la nak bangga tak bertempat. sepatutnya korang malu untuk membuka pekung sebegitu.




jadi, fikir baik-baik, apa yang patut ubah, korang ubah, apa yang patut ambik pengajaran, ambik la. apa yang korang rasa tak betul, jauhkan. elakkan. untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain. untuk menjaga air muka dan maruah korang juga. untuk elak orang lain buat dosa kerana korang mencetuskan permasalahan atau kontroversi.




masing-masing dah matang kan, dah boleh fikir jauh dah. semoga dapat buat yang terbaik untuk diri dan orang lain....
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Wednesday, March 02, 2011

lecturer aku cakap.....

assalamualaikum....




tadi aku ada kelas koko, iaitu kelab audiovisual and multimedia. masa dalam kelas tu, proses pengajaran dan pembelajaran kami semua habis agak awal berbanding kelas-kelas sebelum ni. jadi pensyarah kami bercerita la sedikit sebanyak serta beerkongsi apa sahaja ilmu pengetahuan yang dia ada kepada kami semua yang ada dalam kelas tu. antara intipatinya adalah:




1.  SIMBOL PEACE.


pensyarah tu bagitahu kami semua tentang simbol peace yang selalu kita para remaja guna atau gayakan ketika bergambar. sikit-sikit peace.... ha simbol yang 2 jari tu la. mesti pernah buatkan simbol tu. 
pensyarah tu bagitahu yang simbol 2 jari tu yang membentuk huruf v tu jika diterbalikkan akan menjadi bentuk v terbalik dan bentuk tersebut adalah salah satu daripada beratus-ratus simbol-simbol kebanggaan yahudi.
jadi dia nasihatkan kami agar tidak lagi membuat atau menggayakan simbol tersebut. jadi kepada rakan-rakan ku sekalian.. harap dapat fikirkan balik ok. terpulang untuk menerima atau menolak. itu hak anda semua. saya cuma menyampaikan apa yang saya tahu.

2. AHMAD DHANI DEWA 19.

semua kenal ahmad dhani ni kan? ala yang penyanyi kumpulan dewa 19 dari indonesia tuh. yang sekarang ni dah di calonkan sebagai pengetua akademi fantasia tu. tapi tak tahu la betul atau tak tentang tu sebab khabar angin tu pun saya dengar dari rakan-rakan terdekat saya sahaja. menurut pensyarah saya, ahmad dhani ini adalah penyokong kuat yahudi. ini dikukuhkan lagi dengan latar belakang dia yang ibunya adalah seorang yahudi german. dia adalah salah seorang ahli kuat kumpulan aluminati yahudi ni. 

kenapa dia memberi nama kumpulan dia dengan nama dewa 19? sebab bagi kita umat islam, pangkat tertinggi kita adalah malaikat, jadi bagi yahudi, mereka samakan pangkat malaikat kita dengan dewa bagi mereka. jadi kita ada malaikat kita dan mereka ada dewa mereka. mereka sebenarnya nak meniru islam. tapi kita sendiri tahu yang itu memang mustahil. bagi no 19 pula, dalam yahudi, mereka juga suka dengan no ganjil, kenapa? sebab islam juga guna no ganjil. nak tiru. tapi mereka cuma tetapkan hanya pada no 19 sahaja. no ini ada memberi maksud tertentu pada pengikut yahudi ini. 

3.  LASKAR CINTA

laskar cinta? pernah dengar tak lagu ni, dulu lagu kumpulan dewa ini sangat popular di malaysia. perasan tak lagu ni, musik dia agak menyeramkan. betul tak? musik dia semacam je. dulu masa dengar lagu ni saya takut. saya tak suka lagu ni. macam syaitan je bunyi musik dia. pensyarah saya bagitahu, bahawa, perkataan laskar cinta itu jika dilihat dihadapan cermin, dan diterbalikkan yang bawah keatas dan yang atas ke bawah, ianya kan menjadi deretan huruf tulisan bahasa yahudi. dan deretan huruf yang tak difahami ini akan membentuk satu perkataan dalam bahasa yahudi. dan mempunyai maksud-maksud yang tertentu. jika anda para sahabat rajin, boleh la cuba buat seperti itu dan cuba transfer pada microsoft word pada lappy masing-masing untuk ketahui maksudnya dengan lebih jelas. 

4.  SIMBOL ALLAH

simbol Allah ini saya tak mampu nak tunjukkan dengan lebih jelas kerana proses nak upload picture ke blog tak dapat dijalankan kerana line tak berapa nak laju. saya cuma mampu menerangkan sahaja. jika anda peka, cuba perhatikan setiap videoclip kumpulan dewa yang performance dia di pentas, akan ada satu lukisan yang berbucu-bucu pada lantai pentas tempat dia menyanyi dan menari-nari itu. dan simbol itu adalah simbol Allah dan islam. cuba kamu tafsirkan sendiri jika simbol Allah itu ada pada lantai pentas tempat ahmad dhani ini menyanyi dan merani, apa maksud dia? setiap lagu dewa, agak rancak, dan die menari melompat-lompat, terkinja-kinja di pentas yang ada simbol itu pada lantainya, dengan memijak-mijak simbol itu. apa makna nya?  
perbuatan itu adalah menghina dan menjatuhkan Allah. memijak-mijak Allah. subhanallah. dalam tak sedar kita berhibur sedangkan pada masa yang sama Allah dihina dan dijatuhkan. apa maruah kita umat islam?? renungkan kawan-kawan.

ini sahaja yang mampu saya kongsikan pada hari ini... harap-harap kawan-kawan semua mampu mentafsirkan sendiri dan dapat menilanya sendiri. dan jika apa yang saya sampaikan ini berguna sebagai ilmu pengetahuan yang patut dikongsikan, jadi jangan segan silu untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain agar mereka juga tahu apa yang kita tahu. anda semua mesti tak nak kan rakan-rakan yang lain terus leka dengan penipuan ini tanpa mereka sedar...

wassalamualaikum....[dontjugdeabookbyitscover]

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih