Thursday, February 23, 2012

Dimana Cantiknya Seorang Muslimah

mungkin pada sepasang matanya yang hening, yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja...
boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala yang memberikan kucupan mesra di dahi umi dan juga ayah, suami dan juga pipi mungil anak-anak...
atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut dan sekaligus melembutkan perasaan. 
sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan, sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pon masih belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan. 

kitalah perempuan itu, panjatkanlah kesyukuran kehadrat Allah kerana telah menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. 
namun betapa pon dijaga, dipelihara, dibelai, dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. wajah akan kelam, mata akan suram. 

satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang tipupuk dengan iman dan ibadah...

ANDA INGIN LEBIH CANTIK DAN MENARIK????

.. jadikanlah menundukkan pandangan sebagai hiasan mata anda, nescaya akan semakin bening dan jernih..

..oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda, nescaya akan lebih manis..

..gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon iman..

..pakailah sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan..

..rawatlah rambut anda dengan selendang islami yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahaya..

..hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jari anda dengan cincin ukhwah..

..sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung kesucian..

..bedakkan lah wajah anda dengan air wuduk nescaya akan bercahaya di akhirat..

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Kelembutan Bukan Kelemahan



"..ish perempuan ni memang tak boleh di harap. suruh buat kerja semua tak boleh." rungut si Adam.
"memang perempuan ni lemah. kami tak mampu buat apa-apa tanpa bimbingan lelaki" balas si Hawa pula.
sesungguhnya setiap kejadian Allah itu punya hikmah dan sebabnya. dan kadang-kadang mungkin menjangkaui logik akal makhluknya. sebab itu lah apabila Allah ingin menjadikan kita, manusia di bumi ini, para malaikat mempersoalkan tindakan Allah ini. "kenapa kau mahu jadikan makhluk yang akan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan diatas muka bumi ini?" Allah menjawab dengan jawapan yang cukup hebat,"sesungguhnya aku tahu apa yang kamu tidak tahu" 


jika difikirkan samalah juga dengan penciptaan jantina lelaki dan perempuan. ada hikmah disebalik kejadian ini semua. masing-masing punya fitrah peribadi masing-masing. lelaki dikenali sebagai golongan yang kuat, mementingkan logik dari emosi. perempuan pula dikenali dengan kelembutan dan emosi yang tinggi namun, PERSOALANNYA, BILA ITU KEADAANNYA, ADAKAH MARTABAT PEREMPUAN ITU DIRENDAHKAN OLEH ALLAH? ADAKAH BERMAKNA SESIAPA YANG DICIPTAKAN SEBAGAI WANITA MAKA DIA ADALAH MAKHLUK YANGLEMAH???

sedarlah..wanita sebenarnya bukan lemah, tetapi lembut. dan kelembutan itu bukanlah satu kelemahan. malah ia adalah lambang kecantikan dan moleknya wanita tersebut.. cuma kadang-kadang mungkin akibat doktrin dan pemikiran sebegini mermain difikiran wanita, wanita tidak merasakan diri mereka berharga. golongan ini lupa bahawa sesungguhnya disebalik kejayaan seorang lelaki, punya wanita disebaliknya..

saya pernah mendengar kata-kata daripada seorang sahabat tentang tuan guru nik abdul aziz. menteri besar kelantan. mungkin masyarakat melihatnya hebat, namun, ramai yang tidak mengetahui disebalik kehebatannya. dia sebenarnya ditampung dan di sokong oleh seorang isteri yang sangat memahami dan hebat. boleh rujuk buku baru "bidadari dari timur" untuk maklumat lanjut. kita lihat Rasulullah sendiri di awal islam itu dibina siapa yang sentiasa mendampingi dan menyokongnya? sudah tentu sekali isteri yang paling disayanginya Saidatina Khadijah. hebatnya insan yang bernama Khadijah ini sehinggakan dikenang oleh Nabi SAW di sepanjang hayatnya sehingga Aisyah sendiri cemburu dengannya akibat kasihnya Nabi SAW kepada Khadijah.


jadi adakah benar perempuan ini lemah? jika perempuan tiada lelaki juga tidak teratur hidupnya, bahkan mungkin lelaki juga akan menjadi lemah. cuba kita bayangkan jika Allah jadikan lelaki yang mengandung dan menyusukan anak, tak ke kelam kabut dunia ni jadinya?? sebenarnya wanita tidak lemah, bahkan sangat berharga cuma mungkin mereka terlupa bahawa diri mereka sangat berharga. sedarlah wahai wanita...

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Perempuan Atau Lelaki Yang Lemah Sebenarnya?


UJAR LELAKI WANITA ITU LEMAH...
ujar wanita mereka adalah lembut...
antara lemah dan lembut, besar perbezaan...
namun ada yang tidak rela mengakuinya...
telah ditakdirkan, kerana lembut wanita...
tidak suka pertengkaran, kecuali jika terpaksa...
lalu wanita pun diam...
diam seolah-olah menerima...
dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan...
dalam diam, wanita terus terusan bekerja...
di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri...
dari sebelum tergores garis putih disubuh hari...
hingga jarum jam tegak bertindih jari...

LELAKI YANG MENGAKU KUAT, SEKELIP MATA SARAPAN TERHIDANG...
apabila pulang dari kerja, di sofa longlai terlentang...
isteri dikatakan lemah, bergelut didapur memasak...
suami yang mengaku gagah, bersantai dihadapan tv tidak bergerak...
selesai memasak wanita menguruskan anak-anak...
menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak...
lelaki keletihan kerana memandu dijalan yang sesak...
beristirehat menonton tv sambil tergeletak...

dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba-lumba dengan masa...
memandikan anak, melipat pakaian, dan membasuh baju...
kaki tangan semua digerakkan dengan laju...
menyiram pohon-pohon bungan yang makin layu...
sebelum solat maghrib untuk sujud, menyembah yang SATU...
makanan dihidang selepas solat...
selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji...
sedangkan suami tersandar semula seperti tadi...
sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji...

dalam diam, semua kerja rumah segera diselesaikan...
lelaki terpelajar sekelip mata, ingin menghapuskan diskriminasi...
lantang membela nasib wanita...
memberi kesedaran supaya segera bangkit...
meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi...

hukum agama telah terpapar...
tugas isteri mengemas rumah menjaga anak...
membasuh pakaian, menyediakan makanan...
jika isteri tidak terdaya melakukannya...
seorang pembantu wajar disediakan...
lelaki yang hanyut dalam keasyikan...
tidak mampu menerima perubahan...
rela bertahan bagaimana jua...
asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati...

dalam diam...
wanita yang sering dianggap lemah...
meneruskan hidup dengan segala kekuatan...

kekayaan yang paling kaya adalah akal...
kemiskinan yang paling besar adalah jahil...
keburukan yang paling bodoh adalah sesat...

tak perlu mencari teman secantik balqis...
jika diri tak seindah sulaiman...
mengapa mengharap teman setampan yusuf...
jika kasih tak setulus zulaikha...
tak perlu diri menjadi seteguh ibrahim...
jika tak sekuat syaroh...
mengapa didamba teman hidup seistimewa khadijah...
jika diri tak sesempurna Rasulullah...

tak guna ada mata kalau tak dapat melihat...
tak guna ada hati kalau tak dapat menilai...

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Wednesday, February 22, 2012

Siapa Nak Cari Calon Bini Boleh Rujuk Sini



Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya. 

oleh itu terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. antaranya:
~ perempuan yang taat beragama.
~ berketurunan yang baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya.
~ perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak.
~ sekufu atau hampir sekufu.
~ masih gadis atau anak dara.
~ pasangan bukan daripada keluarga terdekat.

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Wanita Hiasa Dunia Penyeri Akhirat

sumber


pertama: doa wanita lebih termakbut daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.


kedua: wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh.


ketiga: barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


keempat: barangsiapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. manakala barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia menderhakakan anak Nabi Ibrahim A.S.


kelima: wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku didalam syurga.(Rasulullah S.A.W)


keenam: barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau saudara perempuan lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka, dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa, serta bertanggungjawab maka baginya adalah syurga.


ketujuh: barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


kelapan: syurga itu dibawah telapak kaki ibu.


kesembilan: apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapa mu, maka jawablah panggilan ibu mu dahulu.


kesepuluh: wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Thursday, February 16, 2012

bila kepala otak berdescripsi





dah tahap cipan pakcik din ujang ni aku punya bosan. datang kerja dari pagi sampai petang tapi tak ada buat apa-apa. aku ngadap muka member aku, dia pula ngadap muka aku. bersilih ganti. kalau dia lelaki mau dah jatuh cinta pandang memandang dah ni.


panjang pulak pendahuluan aku ni. kalau karangan dah dapat kepujian dah tu. but seriously aku habaq kat hang, bosan wey dok kat opis ni. pff... opis wa cakap lu... macam kerja makan gaji besar je kan.
praktikal je pun. pe de hal.


dah nak habis dah cekelat kopiko yang aku beli tadi. angka 5.30 kat jam tu tak cecah-cecah jugak lagi. dah la esok pun kena kerja. tapi half day la. ikut hati aku sahkan full, half pun aku tak nak datang. tapi tu tunggu aku dapat kerja kat company bapak aku sendiri la kan. (bapak aku mana ada company pun)


macam-macam pulak bermain kat kepala aku hari ni. bila nak balik ni? kenapa aircond tu dijadikan ejuk ye? dan kenapa diberi nama aircond? kenapa bukan kentut ke, peti ke ape-ape je la. yang selain dari aircond.


pandang kanan nampak helmet hitam ntah sapa yang punya. kalau la aku punye, mau penuh gambar bunga-bunga dengan hello kitty kat helmet tu. atas rak ada safety boot. sejak safety boot tu menjadi hak milik aku, langsung tak keluar ke site. ape jadah ntah bos aku suh beli kasut tu. baling anjing pon boleh mati.


pagi tadi dengan imej muslimah sejati aku meng'update' blog dengan topik islamic. wah.. nak cari calon suami kena la tonjolkan imej islamic kan. bukannya tontolkan apa yang tak patot. kang tonjol kang lain pulak jadinya. kang tempat lain pulak tumbuh bonjolan. simpang malaikat 44


yeah. karangan aku dah siap. boleh la hantar. siapa cikgu nye ni? lu pikir la sendiri
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

muhasabah jumaat yang mulia

Semua orang tahu yang hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Jadi hari Jumaat ni banyak Barakahnya.


Dunia ni dicipta pon pada hari Jumaat kan. Ianya akan dibinasakan juga pada hari yang sama iaitu hari Jumaat. Jumaat bila? Itu yang kita tidak tahu. Ynag mengetahuinya cumalah Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui.


Tadi Nurul ada terbaca satu artikel tentang "KUBUR".
Sesetengah orang akan rasa cuak dan takut bila berbicara tentang hal KUBUR ni.






Jangan risau semua akan lalui alam KUBUR ni suatu hari nanti.
Semua orang akan merasainya. Sabar dan berdoa agar kita semua tergolong dalam golongan yang diringankan siksaan KUBUR nanti. Amin~


Untuk pengetahuan korang semua, KUBUR menyeru kita yang masih hidup ini sebanyak 5 KALI SEHARI.


"KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK 5 KALI"


Seruan pertama :
          Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


Seruan kedua :
          Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.


Seruan ketiga :
          Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.


Seruan keempat :
          Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.


Seruan kelima :
          Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "laa ilahaillallah Muhammadar Rasulullah", supaya kamu mendapat jawapan kepadanya.




Cukup 5 seruan KUBUR kepada manusia setiap hari. Sama-sama kita perdekatkan diri kita ke jalan Allah sementara hayat dikandung badan. Bila dah sampai masa nanti menangis air mata darah sekalipun masa tidak akan undur balik berputar kemasa yang sudah.


Pesanan buat diri sendiri dan juga pembaca. Sentiasa lah ingat mengingati sesama kita agar dapat sama-sama perbaiki apa yang patut.


Nurul pun tak pandai nak ceramah bertarbiah macam-macam. Cuma apa yang Nurul tahu Nurul akan kongsikan untuk semua.


Sharing Is Caring kan...


SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERAMAL
MOGA MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI
SALAM JUMAAT DARI
NURUL 


jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih