siapalah diriku ini untuk membuat mu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. namun, ini lah yang mampu aku lafazkan. yang mampu ku laungkan setelah kian lama terbuku di hati yang lara. ku harap segalanya diterima dengan berlapang dada kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok.
bukankah diciptakan wanita untuk dilindungisepenuh hati?
melihat senario kaum hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan, kenapa dirimu kian jauh dari-Nya? apakah dirimu telah lupa akan hukum -hakam yang disusun-Nya? kemana menghilangnya generasi mujahidah harapan agam? ingatlah wahai muslimah, dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. hanya lah Redha-Nya yang kita impikan. bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.
" takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani israel adalah kaum wanita " (mutafaq alaih)
jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. jauh sekli tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mijahid. dalam berjuang demi menegakkan Din di dalam diri, keluarga dan juga ummah.
wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin kepada kebangkitan islamiyah. inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. " nauzubillahimn zaalik " jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan pegangan mu.
" dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah "
jadilah perhiasan dunia yang dihiasi dengan bunga ketakwaan. sirami jiwamu dengan titisan iman. maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. semaikan lah akhlaq mu dengan bnih mahmudah. menjadikan dirimu disenangi segala makhluk dan juga Al-Khaliq. perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi. destinasinya menuju ke akhirat sana.
inilah titipan dari hambanya yang tidak mengerti apa-apa, moga mengalirlah air mata keinsafan. sesungguhnya apa yang baik itu adalah datang dari-Nya. kekurangan pula datang dari kelemahan diriku sendiri. natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.
No comments:
Post a Comment