cantik x perlu make up |
make up tebal x cantik tp membazir |
>> dihindari dari bahaya.
setiap wanita berperanan melindungi kecantikan paras rupa mereka dari dipertontonkan di khalayak umum. lebih terselamat dari bahaya fitnah dan gangguan. umpama intan berlian, seandainya dipertunjuk-tunjukkan akan menarik perhatian pencuri dan begitulah sebaliknya.
>> mengelakkan pembaziran.
memburu kecantikan paras rupa memakan kos yang sangat tinggi. berbagai-bagai usaha yang dilakukan untuk mencari alat-alat kecantikan wajah, menbesarkan sanggul dan bahagian-bahagian yang tertentu yang mungkin boleh menarik perhatian orang kepadanya untuk menutup keburukan yang dialaminya. tetapi, memburu kecantikan hati tidak memerlukan belanja yang tinggi. sewajarnya wang yang digunakan untuk membeli alat kecantikan wajah dipergunakan untuk soal-soal yang lebih penting seperti mendapat pendidikan yang baik, menolong fakir miskin, kerja-kerja yang bermanfaat untuk agama, masyarakat, bangsa dan negara.
>> membina kasih sayang yang hakiki.
kecantikan yang dinilai pada hati, ia akan lebih berkekalan, berbanding dengan kecantikan paras rupa. kecantikan hati tidak akan luput. umpamanya kasih sayang seorang suami terhadap isterinya kerana hati atau akhlaknya akan kekal lama. kunci kasih sayang dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat adalah ikatan hati yang sentiasa berpaut antara satu sama lain.
>> melahirkan masyarakat yang harmoni.
hati yang terdidik dalam mengejar kecantikan yang sebenar akan dapat menyuburkan sifat-sifat terpuji seperti pemurah, sabar, pemaaf, bertolak ansur, lemah-lembut, serta redha atas segala pemberian Allah SWT dan sebagainya. akan selesai dan hilanglah perasaan buruk sangka, umpat dan kata, menipu dan pecah belah dalam rumah tangga serta sebagainya.
begitulah besarnya hikmah mengapa Allah meletakkan kecantikan hati sebagai buruan utama setiap wanita. tidak hairan lah mengapa para ulama mengatakan " bila baik wanita salam sesebuah negara, baiklah negara tersebut." oleh yang demikian, wanita yang benar-benar menginginkan lebih hak membangunkan negara, perlulah dia memperjuangkan diri dalam memburu kecantikan hati.

No comments:
Post a Comment