Assalamualaikum…
Hai semua rakan-rakan pembaca dan sahabat-sahabat follower yang disayangi.harap korang semua baik-baik. Hari ni aku nak bercerita merangkap berkongsi pengalaman serta pendapat aku tentang tajuk kat atas tu.
Korang pernah tak sebelum ni ke atau sekarang ni ke ada kawan-kawan yang suka mengampu? Eh tapi sebelum tu, aku nak terangkan maksud mengampu ni dulu. ok, menganpu ni lebih kurang macam memuji tak kira tempat, sokongan tak bertempat. Sebagai contoh bagi yang kurang jelas: “eh, comelnye die, cutenye die.. dan bla..bla..bla...” sedangkan kita Cuma biasa sama macam kawan-kawan yang lain jugak sebab pakaian seragam. Kenapa dia tak puji orang lain yang ada kat situ sedangkan semua kawan sekelas. Dan ada juga yang suka gelak atau ketawa dengan apa yang kita bualkan dan cakap macam ni… “eii… kelakar la awk ni… hehehehe… comelnye…” ni la lebih kurang contoh dan ayat-ayat yang selalu aku dengar dari mulut-mulut si pengampu ni. Korang pernah tak mengalami ni semua?
Senang je kita nak kenal siapa orang-orang yang suka mengampu ni. Kita tak payah susah-susah nak cari siapa pengampu ni sebab kalau korang nak tau, pengampu ni memang tabiat dia mencari, bukan dicari. Kita tak cari dia, tapi dia yang cari kita. Tapi kalau kawan-kawan kita cari kita tu jangan la kata dia tu pengampu jugak. Bukan semua orang kita boleh kategorikan sebagai pengampu.
Pengampu ni jugak kelakuan dia melebih-lebih padahal kebaikan dia tak ada la perpada sangat. Macam yang aku cakap tadi la, kebaikan tak bertempat, memuji tak kena pada waktu, puji benda yang sepatutnya tak perlu dipuji. Tak pernah Nampak kita wat salah sedangkan memang salah. Tak cuba untuk perbetulkan kita sebagai kawan.
Aku bukan nak kata aku ni seorang yang baik. Memang tak la kan. Mana ada orang yang sempurna dalam dunia ni kan. Cuma nak ingatkan je. Kepada semua, jangan jadi seorang pengampu sebab pengampu ni tak disukai siapa-siapa. Korang sendiri pun tak suka kan kalau ada orang datang mengampu kan korang tanpa dijemput. Mesti rimas kan. Macam tu jugak la orang lain. Jadi jangan la jadi pengampu. Korang tak dapat apa-apa pun kalau jadi pengampu ni. Korang perbodohkan diri sendiri ada la. Buat diri korang kene gelak je. Nanti korang sendiri jugak yang malu kan.
Aku cakap ni semua untuk kebaikan korang jugak. Kawan-kawan aku semua ni tak kira kenal atau tak, aku anggap korang semua kawan aku sebab korang sudi jengok blog aku ni. Jadi aku mesti la kongsi apa-apa sahaja dengan korang agar yang baik-baik semua korang boleh ambil, mana yang tak elok tu korang buang je. Tak kisah la. Aku Cuma nak bagi yang terbaik je pada semua.
Aku kongsi ni semua dangan korang sebab aku pernah alami situasi berdepan dengan pengampu dalam pergaulan seharian aku. Memang terus terang la aku cakap kan, rimas sangat-sangat. Tak tau nak jelaskan macam mana rasa dia. Rasa menyampah pun ada, rimas, benci pun ada, macam-macam rasa ada. Lagipun tak ada manfaat langsung ada kawan yang suka mengampu ni. Makin rugi ada la. Sebab setiap bait kata yang keluar dari bibir pengampu ni, bukan dari hati pun. Tapi diorang bercakap demi sesuatu kepentingan. Tak jujur, penipuan merata tempat. Nak ke kene tipu macam tu? Tentu tak nak kan, memang dia puji kita, tapi tu kat mulut je, kat hati tak ada siapa pun yang tahu melainkan dia dan yang Satu.
Jadi kawan-kawan ku sekalian, korang semua dah besar panjang dan dah boleh wat keputusan sendiri. Demi kebaikan, fikir la baik-baik, jangan jadi macam tu tau. Sebab orang tak suka. Bila orang tak suka, kita pun tak selesa kan. Kita berkawan ni mahukan keselesaan. Jadi bila tak selesa, semua jadi tak tentu hala kan. So masing-masing kene betulkan apa yang patut, kepada si pengampu tu berhenti la jadi macam tu, nak ke orang sekeliling benci kita? Tentu tak nak kan, bagi orang-orang yang dikelilingi pengampu ni, nasihat la dorang, jangan putuskan persahabatan pulak. Nasihat kat diorang baik-baik, cuba slow talk dengan diorang. Apa sebenarnya yang diorang nak? Kalau nak berkawan bukan itu care dia. Nak berkawan tak perlu jadi pengampu, orang akan berkawan dengan kita bila orang tu yakin dengan kita, bila orang tu percaya pada kita. Jadi cuba sebaik mungkin untuk jadi yang teerbaik bagi semua. Tapi bukan jadi pengampu.
Aku percaya kawan-kawan disini semua tak macam tu kan. Jadi enjoy your life k. good luck and all the best to all of you…
Sekian…[dontjugdeabookbyitscover]
No comments:
Post a Comment