excited? yeke? mana korang tahu diorang excited? ok bagi korang lebih faham lagi atau lebih jelas lagi. korang mesti sentiasa bercerita dengan kawan-kawan korang kan. tentang berbagai-bagai topik kan. so cuba korang bandingkan respond dari kawan korang tu tentang topik yang korang selalu bualkan dengan topik balak-balak or awek-awek korang tu. adakah sama reaksi diorang diantara topik-topik tu.
mesti tak kan. tambah lagi kalau apa yang korang cerita pasal kekasih korang tu pasal kelebihan dia ke atau pun kebahagiaan korang dengan pasangan korang tu ke. sebab, orang lain akan rasa menyampah. kalau setakat sekali dua je korang bercerita, orang dengar lagi, berminat juga lah nak dengar. but kalau dah sepanjang masa, pantang ada masa, korang asyik bukak je cerita pasal pasangan korang tu, orang lain akan naik muak tau.
apa yang aku cakap ni benda betul sebab, kita nampak je orang tu macam berminat, tapi perasan atau tak, ianya cuma dibuat-buat. tu korang akan perasan kalau korang peka dengan kawan korang tu waktu bersembang pasal perkara lain dengan perkara tu. lain respond dari diorang.
kalau apa yang korang cerita tu kelakar bagi korang, kalau orang dah naik menyampah, diorang cuma sengih je, paling kuat pun, akan gelak sepatah dua. betul tak apa yang aku cakap? yang akan gelak terbahak-bahak cuma korang sendiri je. kawan korang tu tak akan ikut terbahak-bahak.
lagipun, yang beria-ia nak cerita kat orang tu kenapa? sebab korang cuma bercinta, bukan bernikah pun, tak ada ijab kabul lagi, jadi, belum tentu ianya kekal. cuba korang bayangkan, korang beria-ia cerita itu ini kat kawan-kawan waktu bahagia. tup-tup tba masa dan ketika yang belum pasti, hubungan terputus di tengah jalan. apa korang rasa kawan-kawan korang cakap? apa yang bermain di benak mereka? dapat bayangkan?
semua akan tersengih je dalam hati atas apa yang terjadi. mungkin akan ada jugak yang akan berkata sedemikian "dulu beria, setia la, x nampak yang lain la, macam pasangan paling bahagia la, paling tak buat salah la, paling hormat antara sau sama lain la.. last-last terkubur jugak.". apa korang rasa? malu tak? kawan-kawan tak akan zahirkan pada korang, tapi diorang akan bercerita sesama diorang tanpa korang.
lagipun kan, benda belum pasti, jika Allah nak ia setakat tu cuma, ia tetap akan terjadi, so, tak perlu la nak over-over sangat. kebahagiaan yang Allah bagi, jika korang buat orang lain rasa tak selesa, Allah akan tarik balik nikmat tu jika Dia berkehendak.
jadi, tak payah la nak beria-ia sangat dengan hubungan setakat bercinta tu, korang muda lagi, masih jauh perjalanan hidup ni. masih ramai manusia yang akan korang jumpa. dan satu lagi, setiap apa yang korang inginkan tak semua akan korang dapat. boleh fahamkan?
jangan jadikan korang sebagai bahan ketawa orang lain di masa akan datang. memang bangga waktu sekarang, akan datang tak siapa yang tahu. lagipun, manusia ni lumrah dia tak suka dengar tentang perkara sebegitu. seperti korang jugak, kalau ada kawan korang yang sentiasa bercerita tentang kisah dia an pasangan dia, korang jugak akan rasa menyampah kan? tipu la kalau tak. walau mulut kata tak, hati tetap kata ye. tak mustahilkan.
jadi, bila kita tak suka, jangan buat perkara yang sama pada orang lain. rasanya kalau tak cerita lagi baik. sebab if apa-apa yang terjadi masa akan datang, korang takkan rasa tebal muka pada kawan-kawan yang menjadi tempat korang bercerita sebelum ni.
dan jangan sesekali merasakan diri korang yang paling baik dari orang lain. semua dilahirkan tak sempurna. apa pun, cuba menerima kritikan dari yang lain. kita ni semua manusia biasa yang tak lepas dari kesalahan. jadi jangan anggap orang lain tu sentiasa salah dan kita betul.
dan jangan bangga dengan apa yang korang buat sedangkan apa yang korang buat tu korang sendiri tahu tak betul. contoh nya, bangga bila melawan cakap ibu bapa atau bangga bila dating dengan kekasih berpegangan tangan dan cium sana sini. tau kan perkara macam tu tak baik kan. so jangan la nak bangga tak bertempat. sepatutnya korang malu untuk membuka pekung sebegitu.
jadi, fikir baik-baik, apa yang patut ubah, korang ubah, apa yang patut ambik pengajaran, ambik la. apa yang korang rasa tak betul, jauhkan. elakkan. untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain. untuk menjaga air muka dan maruah korang juga. untuk elak orang lain buat dosa kerana korang mencetuskan permasalahan atau kontroversi.
masing-masing dah matang kan, dah boleh fikir jauh dah. semoga dapat buat yang terbaik untuk diri dan orang lain....
No comments:
Post a Comment