assalamualaikum....
nurul baru lepas tengok akademi fantasia ni. konsert last. final. hazama juara. cewahh...
tahniah hazama...
ok, nurul cuma nak kongsi satu cerita atau iktibar dengan awak, awak dan awak pembaca sekalian.
bukan apa, tadi nurul keluar ke salah satu pusat membeli belah dekat sini.
saje je.. nak cari kasut...
masa tengah makan tu kan. ade la sorang mak cik ni datang kat meja yang nurul dengan akak n abag ipar duduk.
minta derma. dan abang ipar bagi la.
lepas tu mak cik tu ade bagi satu risalah ke ape ntah la. tak tau nurul nak kategorikan sebagai ape.
jadi kat sini nurul cuma nak kongsi la dengan pembaca semua kandungan risalah tu.
dengan harapan sama-sama dapat ambil moral dan iktibar dari kisah ni ok...
CERITANYA BEGINI
di padang mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah.
mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke dalam neraka.
seorang hamba Allah ini didapati kurang satu amalan (mata) sahaja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. jika mengikut perkiraan dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya.
Allah memerintahkan orang itu untuk mencari satu lagi pahala untuk melayakkan dia ke syurga. puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan sahaja namun hampa.
masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu jadi bagaimana hendak memberikan satu pahala kepada orang itu. namun dia tidak berputus asa.
akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu pahala sahaja. padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna kerana menyangkakan dia dia akan masuk ke neraka akhirnya.
oleh sebab simpatinya kepada orang itu dia memberikan satu pahala itu kepadanya. dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. dia menrangkan apa yang berlaku.
oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.
MORAL DAN IKTIBAR
Allah itu bersifat dengan AR-RAHIM
jangan remehkan kebajikan walaupun hanya amalan sunat
satu kebajikan amat berat timbangannya di sisi Allah
satu amalan boleh meletakkan kita ke syurga atau pun ke neraka
di padang mahsyar semuanya nafsi-nafsi, semuanya mahu melepaskan diri dari azab yang pedih
orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah
penghakiman di akhirat amat teliti ssrta berlandaskan keadilan yang hakiki.
ni la cerita yang nurul nak kongsi tu.
nurul harap korang semua mampu ambil iktibar dari
cerita ni..
cukup dulu untuk malam ni...
nak tido.
sebab sakit kepala dah datang kembali
selamat malam semua.
assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment