Powered By Blogger

Thursday, February 23, 2012

Kelembutan Bukan Kelemahan



"..ish perempuan ni memang tak boleh di harap. suruh buat kerja semua tak boleh." rungut si Adam.
"memang perempuan ni lemah. kami tak mampu buat apa-apa tanpa bimbingan lelaki" balas si Hawa pula.
sesungguhnya setiap kejadian Allah itu punya hikmah dan sebabnya. dan kadang-kadang mungkin menjangkaui logik akal makhluknya. sebab itu lah apabila Allah ingin menjadikan kita, manusia di bumi ini, para malaikat mempersoalkan tindakan Allah ini. "kenapa kau mahu jadikan makhluk yang akan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan diatas muka bumi ini?" Allah menjawab dengan jawapan yang cukup hebat,"sesungguhnya aku tahu apa yang kamu tidak tahu" 


jika difikirkan samalah juga dengan penciptaan jantina lelaki dan perempuan. ada hikmah disebalik kejadian ini semua. masing-masing punya fitrah peribadi masing-masing. lelaki dikenali sebagai golongan yang kuat, mementingkan logik dari emosi. perempuan pula dikenali dengan kelembutan dan emosi yang tinggi namun, PERSOALANNYA, BILA ITU KEADAANNYA, ADAKAH MARTABAT PEREMPUAN ITU DIRENDAHKAN OLEH ALLAH? ADAKAH BERMAKNA SESIAPA YANG DICIPTAKAN SEBAGAI WANITA MAKA DIA ADALAH MAKHLUK YANGLEMAH???

sedarlah..wanita sebenarnya bukan lemah, tetapi lembut. dan kelembutan itu bukanlah satu kelemahan. malah ia adalah lambang kecantikan dan moleknya wanita tersebut.. cuma kadang-kadang mungkin akibat doktrin dan pemikiran sebegini mermain difikiran wanita, wanita tidak merasakan diri mereka berharga. golongan ini lupa bahawa sesungguhnya disebalik kejayaan seorang lelaki, punya wanita disebaliknya..

saya pernah mendengar kata-kata daripada seorang sahabat tentang tuan guru nik abdul aziz. menteri besar kelantan. mungkin masyarakat melihatnya hebat, namun, ramai yang tidak mengetahui disebalik kehebatannya. dia sebenarnya ditampung dan di sokong oleh seorang isteri yang sangat memahami dan hebat. boleh rujuk buku baru "bidadari dari timur" untuk maklumat lanjut. kita lihat Rasulullah sendiri di awal islam itu dibina siapa yang sentiasa mendampingi dan menyokongnya? sudah tentu sekali isteri yang paling disayanginya Saidatina Khadijah. hebatnya insan yang bernama Khadijah ini sehinggakan dikenang oleh Nabi SAW di sepanjang hayatnya sehingga Aisyah sendiri cemburu dengannya akibat kasihnya Nabi SAW kepada Khadijah.


jadi adakah benar perempuan ini lemah? jika perempuan tiada lelaki juga tidak teratur hidupnya, bahkan mungkin lelaki juga akan menjadi lemah. cuba kita bayangkan jika Allah jadikan lelaki yang mengandung dan menyusukan anak, tak ke kelam kabut dunia ni jadinya?? sebenarnya wanita tidak lemah, bahkan sangat berharga cuma mungkin mereka terlupa bahawa diri mereka sangat berharga. sedarlah wahai wanita...

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih