sumber |
pertama: doa wanita lebih termakbut daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
kedua: wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh.
ketiga: barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
keempat: barangsiapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. manakala barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia menderhakakan anak Nabi Ibrahim A.S.
kelima: wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku didalam syurga.(Rasulullah S.A.W)
keenam: barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau saudara perempuan lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka, dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa, serta bertanggungjawab maka baginya adalah syurga.
ketujuh: barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
kelapan: syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
kesembilan: apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapa mu, maka jawablah panggilan ibu mu dahulu.
kesepuluh: wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
No comments:
Post a Comment