Powered By Blogger

Thursday, April 19, 2012

Fakta Cinta Dan Percintaan

Assalamualaikum pada hati-hati yang dirundum rasa kecewa sebab tak ade teman hidup lagi. Jangan sedih-sedih ye. Tak bermakna bercinta sekarang akan bahagia selamanya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Tapi tak semua macam tu. Bergantung pada takdir dan jodoh yang telah ditentukan.

Soalan Mencabar Minda Yang Diajukan Kepada Orang Single : 




Bila nak cari boyfriend?



Bila nak kahwin?



Bila nak tamatkan zaman bujang?



Persoalan-persoalan yang merimaskan fikiran dan emosi. tension kalau diajukan soalan-soalan ni. Biasa la mulut orang tak boleh nak tutup. Bila dah kahwin pon orang tanye jugak bila nak dapat anak dan sebagainya.

Ok, kat sini aku nak dedahkan beberapa fakta yang akan buat korang terkejut.


Fakta yang Perlu Tau Tentang Cinta dan Percintaan 




Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor dari kekuatan mental dan bukannya kekuatan fizikal.


Tak perlu bazirkan emosi kepada seseorang sehingga kita tahu dialah pasangan ideal untuk kita.



Di dalam dunia sekarang lebih ramai perempuan yang tidak berkahwin berbanding lelaki yang tak berkahwin.


Untuk berjaya dalam percintaan, kita perlu tau kekuatan diri diri kita dan digunakan untuk memikat pasangan.


Pasangan ideal kita satu dalam seratus atau mungkin satu dalam seribu. jadi kita perlu jumpa ramai orang sehingga kita benar-benar jumpa pasangan idaman kita.


Saiz badan dan fesyen pakaian bukan penarik perhatian pasangan tapi cara kita mengetengahkan penampilan diri dan pakaian kita itu yang menarik minat pasangan.


Jangan bercinta dengan seseorang kerana rasa simpati kepadanya.



Minda kita adalah aset yang terbaik.


Semua fakta ni tepat. Tak perlu la tunggu putera raja atau puteri mahligai datang ketuk pintu rumah. Tapi letakkan diri sendiri kat tempat pemandu dan cari putera idaman dan puteri kayangan dan berbahagialah.
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih