penat betul aku rasa hari ni sebab petang tadi kami ahli keluarga das2(diploma alam sekitar 2) bergotong-royong, berganding bahu dari bahu ke bahu bak kata skuad era.fm kan untuk menyiapkan atau menghasilkan satu kain rentang untuk diletakkan pada hiasan pentas nanti pada hari EVENT GREEN GENERATION GLAMOROUS NIGHT. kami bertungkus lumus menyiapkan kain rentang itu sendiri tanpa bantuan orang lain...(maksud aku orang luar selain das 2). seronok sangat. masing-masing dengan tugas masing-masing.
aku bersama intan dan mazni selaku BIRO SALETIP...
opie, yana izatte, bella, dilla dan liyana selaku BIRO PELEKAT...
kak aini selaku BIRO SPRAY....
dan macam-macam ragam lagi ada kat situ. memang happening sangat2... tapi tak dapat la nak tunjuk pictures sebab terdapat halangan tertentu menghalangi aku untuk upload pictures kami semua sedang bergotong-royong.
semua bajed kami sendiri yang keluarkan. ada juga bantuan dari penasihat akademik yang kami sayangi iaitu encik saifol hadi. terima kasih encik saifol di atas bantuan yang di hulurkan. kami das 2 amat hargai pertolongan encik dan akan dikenag sampai bila-bila.
tangan dengan kaki sape la tu agaknye kan... hehe |
mase ni mula-nula nak spray part 1. seperti diberitahu juru spray kita yang berkaliber iaitu kak aini, sedang mengerah keringat petang dia menseperay corak kerawang kat hujung kain rentang ni. cantik... ditambah dengan semangat kitorang yang berkobar-kobar dan berkerjasama ni, membuatkan kain rentang ni bertambah cantik secantik warga-warga jelita das 2. hehehe...
kerawang merawang |
penjuru kiri punye kerawang |
penjuru kanan punye kerawang |
kami buat kerawang di dua penjuru je sebab nak elakkan dari nampak berserabut. sebab nanti nak letak tulisan lagi kat tengah-tengah tu... hehe...
pandaikan kitorang ni...
biase la das 2 kan... mesti la pandai... tengok kaki la derrr...
cube bace pe kitorang tulis tuh |
ha ni mase nak spray bahagian tulisan lak, mase ni la aku mengeluarkan segala skill yang aku ada untuk gunting saletip. heheh.. susah tau, korang penah ke gunting saletip?? ha... peluh merenek tau keluar dari dahi licin ku ini...
kak aini rest jap time ni sebab nak simpan tenaga untuk spray lak nanti...
kepada yang kenal kak aini so dapat tau la die cume besar mane je kan...so faham sendiri la.. kan kak aini kan...
ni la hasilnya bila dah siap semua langkah atau step. jeng jeng jeng... cantik tak? gambar jauh la, so tak nampak sangat. sorry. fon murah je. tak mampu nak guna fon mahal...
kitorang banyakkan penggunaan warna hijau sebab kami kan das, alam sekitar kan. so hijau la pilihan kami. lagipun event ni name die GREEN GENERATION EVENT so dah terpempang perkataan GREEN tu. so hijau la... kukuh tak alasan?? boleh la kan... dari tak ada alasan langsung.
campuran warna dari kami |
cantikkan??? |
cantikkan? same cantik dengan ahli das semua.
terima kasih diucapkan kepada yang sudi membantu tadi dalam menyiapkan kain rentang ini. bantuan dari anda semua amat dihargai. jutaan terima kasih juga kepada yang memberi sokongan fizikal dan mental kepada kami. dan tak lupa juga kepada yang sudi memuji hasil kerja kami.
ini je yang termampu kami usahakan.
(macam ayat dalam folio budak sekolah je kan.ahhhh peduli ape kan)
wassalam..... [dontjudgeabookbyitscover]
No comments:
Post a Comment