Powered By Blogger

Monday, November 21, 2011

1001 tentang jerawat yang menyakitkan hati!


jerawat ni terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlampau banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya pada muka, dada dan belakang iaitu kawasan yan banyak bulu roma.

liang minyak yang tersumbat akan minjadi bintik putih apabila ia terjadi di bawah kulit ataupun bintik hitam apabila di lapisan luar kulit. kulit akan menjadi kemerahan apabila radang terbentuk di sekeliling liang tu. lebih esar kawasan radang, lebih mudah terbentuk nanah dan meninggalkan parut jerawat kalau tiada rawatan atau ubat yang sesuai. untuk menghilangkan parut jerawat adalah paling sukar.

PUNCA PERTUMBUHAN JERAWAT.



  • faktor hormon terutama bagi perempuan yang berumur lingkungan umur subur.
  • faktor keturunan, ahli keluarga memang banyak jerawat.
  • penggunaan pil perancang.
  • kosmetik
  • pakaian yang ketat.
  • sebab stress dan gangguan emosi.
  • terdedah pada asap dan bahan kimia.

ada jerawat yang akan hilang dengan sendirinya kalau kulit sentiasa bersih dan sihat. tapi ada juga yang makin teruk dan kronik.


CARA HILANGKAN @ KURANGKAN JERAWAT.

  • basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kesap dan kasar.
  • guna pencuci muka yang lembut dan air yang banyak..
  • elakkan mensaunakan muka.
  • jaga pemakanan. setiap orang ada alahan mereka masing-masing dan tak sama macam orang lain, jadi elakkan makan makanan yang korang alahan tu.
  • dapatkan rehat yang cukup.
  • pakai pakaian yang longgar. dan kain yang meresap peluh.
  • elakkan pakai minyak rambut. sAerum tak pe.
  • guna makeup berasaskan air.
  • basuh mekap sebelum tidur.
  • jangan guna terlalu banyak pelembab kulit.
  • elakkan cahaya ultra ungu matahari.
  • jangan picit jerawat.
MUKA SIHAT TANPA JERAWAT!

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih