Powered By Blogger

Monday, November 21, 2011

perkara yang patut dilakukan bila berhadapan dengan situasi yang memalukan diri sendiri

saya mahu kongsikan sedikit tips disini bagi dijadikan rujukan dan peringatan kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan perkara yang memalukan diri sendiri (macam2). apa yang patut dilakukan ialah:

(1) berlagak seperti tiada apa2 yang berlaku. 
     :: antara waktu sesuai apabila kita melepaskan angin secara tidak sengajatanpa dikesan sesiapa pun ::

(2) minta maaf dengan muka penuh keyakinan apabila perlu. berlagak seperti kita berani dan tidak berasa malu mengakui salah kita.
     :: bila orang tahu kita yang melepaskan angin dan kita tak dapat nak elak lagi, jadi, hadapi saja kenyataan tu dengan muka selamba ::

(3) bila terlalu malu, tidak sanggup berpura-pura seperti tak ada apa-apa berlaku, pilihan lain yang kita ada ialah sila berpura-pura pengsan ataupun dalam kesakitan bagi menukar reaksi orang dari mahu ketawa kepada cemas dan mahu membantu.
     :: bagi insiden seperti terjatuh di khalayak ramai ::

(4) senyum atau cuba ketawa seperti tidka kisha dengan kejadian yang memalukan itu.
     :: dalam hati Tuhan saja yang tau ::

(5) teruskan hidup. percayalah orang lain ada banyak lagi perkara penting dalam hidup selain terus mengingat ataupun memikirkan insiden yang memalukan kita 


inilah 5 perkara yang saya sematkan dalam hati supaya saya lebih bersedia menghadapi saat melalukan. semoga saya akan makin cekap apabila berhadapan dengan situasi yang buat saya mahu sembunyi di dalam selimut walaupun hakikatnya ia tidak mudah untuk dilakukan.


jangan lupa follow blog nurul k ^___^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih