Powered By Blogger

Friday, October 14, 2011

tips cantik dengan kos paling murah

Assalamualaikum...


hari ni ada satu tips yang nak dikongsikan bersama. iaitu kasiat buah lemon dalam kecantikan.


Lemon antara buah yang sering dibuat minuman jus dan juga untuk kegunaan dalam memasak. Namun, selain dua fungsi tersebut, ternyata ia juga bermanfaat untuk digunakan dalam kecantikan. Kat bawah ni antara manfaat-manfaat lemon untuk kecantikan :

Pertama : 

Mencerahkan kuku tangan dan kaki.

penjagaan kuku tangan mahupun kaki sering diabaikan. Padahal kalau kuku tak dirawat dengan baik dan betul, ia boleh menjadi tempat bersarangnya kuman. Selain itu juga, jika kuku nampak kotor dan kusam secara tak langsung boleh menurunkan rasa percaya diri. Oleh itu, untuk memastikan kuku sentiasa bersih dan nampak cerah, kita boleh buat rawatan sendiri dengan menggunakan buah lemon. 

Caranya : 

- Sediakan sebiji buah lemon.
- Potong lemon tu menjadi dua bahagian.
- Perah air lemon tersebut.
- Campurkan dua sudu air lemon itu dengan satu sudu ubat gigi ke dalam mangkuk.
- Kacau sampai ubat gigi tu larut dalam air lemon tu tadi. 
- Sapukan pada kuku perlahan-lahan. 
- Biarkan selama seminit dan bilas dengan air suam.
- Untuk kesan lebih baik, sapukan losyen badan pada kuku untuk lembabkan kuku tersebut.


Kedua : 

Sebagai pelembut kaki.

Terlalu banyak berjalan boleh menbuatkan tapak kaki menjadi kasar dan terjadinya ketebalan di tapak kaki. Untuk mengatasi masalah ni, buah lemon boleh membantu melembutkan tapak kaki sekaligus mematikan kuman yang terlekat di kaki. 

Caranya :
- Siapkan sebuah bekas kecil dan isikan dengan air suam enam gelas, tiga cawan air lemon, satu cawan susu dan dua sudu serbuk kayu manis.
- Campurkan bahan tersebut hingga rata dan rendam kaki sambil gosokkan dengan batu selama lima belas minit. 
- Bilas dengan air suam sampai bersih dan keringkan.
- Buat seminggu sekali.

Ketiga : 
Menyihatkan rambut

Inginkan rambut nampak berseri dan bersinar? Lemon boleh menbantu menyinarkan lagi rambut. 

Caranya : 
- Dengan bantuan sikat, sapukan perahan air lemon ke bahagian rambut. 
- Jemur rambut di bawah sinar matahari tapi gunakan krim tabir suria supaya kulit tak terbakar. 
- Bilas rambut seperti biasa dengan menggunakan perapi dan keringkan. 

setelah kering, boleh la melihat hasilnya di mana rambut  akan nampak lebih bersinar dan bertenaga.

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih