Powered By Blogger

Monday, November 21, 2011

tip berpakaian mengikut bentuk badan

SEGI EMPAT BUJUR

perempuan yang mempunyai garis pinggang yang kecil ataupun tiada langsung. bergantung kepada berat badan ataupun ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket ataupun fabrik lembut bagi pakaian bahagian atas.


BERLIAN

bentuk ini dikategorikan untuk perempuan yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dada. bagi menampakkan bentuk badan seakan-akan kurus, perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap ataupun gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.


BUJUR TELUR

mereka yang mempunyai bentuk badan ini perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana. sebagai tambahan mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni bagi mengalih perhatian.


JAM PASIR

bentuk ini diandaikan sebagai bentuk badan sempurna. wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. sementara ukuran pinggangnya lebih kurang dua puluh lima sentimeter lebih kecil daripada dada ataupun pinggulnya. mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa sahaja pakaian. membeli belah cukup mudah untuk mereka.


SEGI TIGA TERBALIK

bentuk badan seperti ini juga yang kedua diimpikan oleh wanita. bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. bagi menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka perlu memilih skirt bergaris A, teksture yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. bagi meminimum kan bahagian atas badan. pilih blaus berkolar luar, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.


SEGI TIGA (BUAH PIR)

bentuk badan biasa yang dimiliki oleh wanita. bahagian pinggul lebih besar daripada dada. wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.



jangan lupa follow blog nurul k ^___^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih