Dunia ni dicipta pon pada hari Jumaat kan. Ianya akan dibinasakan juga pada hari yang sama iaitu hari Jumaat. Jumaat bila? Itu yang kita tidak tahu. Ynag mengetahuinya cumalah Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui.
Tadi Nurul ada terbaca satu artikel tentang "KUBUR".
Sesetengah orang akan rasa cuak dan takut bila berbicara tentang hal KUBUR ni.
Jangan risau semua akan lalui alam KUBUR ni suatu hari nanti.
Semua orang akan merasainya. Sabar dan berdoa agar kita semua tergolong dalam golongan yang diringankan siksaan KUBUR nanti. Amin~
Untuk pengetahuan korang semua, KUBUR menyeru kita yang masih hidup ini sebanyak 5 KALI SEHARI.
"KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK 5 KALI"
Seruan pertama :
Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
Seruan kedua :
Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
Seruan ketiga :
Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
Seruan keempat :
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
Seruan kelima :
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "laa ilahaillallah Muhammadar Rasulullah", supaya kamu mendapat jawapan kepadanya.
Cukup 5 seruan KUBUR kepada manusia setiap hari. Sama-sama kita perdekatkan diri kita ke jalan Allah sementara hayat dikandung badan. Bila dah sampai masa nanti menangis air mata darah sekalipun masa tidak akan undur balik berputar kemasa yang sudah.
Pesanan buat diri sendiri dan juga pembaca. Sentiasa lah ingat mengingati sesama kita agar dapat sama-sama perbaiki apa yang patut.
Nurul pun tak pandai nak ceramah bertarbiah macam-macam. Cuma apa yang Nurul tahu Nurul akan kongsikan untuk semua.
Sharing Is Caring kan...
SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERAMAL
MOGA MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI
SALAM JUMAAT DARI
NURUL
No comments:
Post a Comment