Saturday, June 25, 2011

budaya negatif remaja

assalamualaikum...


di tengah hari yang cerah berseri ni, ewah.. syahdu je kan. nurul nak kongsi satu cerita a.k.a maklumat (macam tak sesuai je) dengan pembaca semua.


tetibe je tadi dapat idea, so nak kongsi la same-same dengan pembaca semua.










 
bukan senang nurul nak dapat idea tengah-tengah hari yang indah (walaupun agak panas) ni.


nurul nak kongsi apa yang nurul maksudkan dengan tajuk nurul kat atas tu.
nurul percaya yang majoriti pembaca ni semuanya remaja sama macam nurul kan
mungkin ade segelintir bukan remaja (xtau la ade ke tak) yang jengok blog nurul.
becerite sambil makan jambu dengan asam.


ok, berikut ialah antara budaya negatif yang cuba dibina kepada remaja macam kita sekarang : 

==!>   Materialisme...


          materialisme ialah sifap atau sikap mementingkan kebendaan dalam hidup. ia dalam kategori mata duitan la jugak. tapi materialisme ni, adalah sikap yang cuba dipupuk ke dalam diri remaja sekarang dengan cara berbelanja dengan boros, corak kehidupan, sikap memilih kerja, perjalanan hidup mereka dipenuhi dengan nilai kebendaan semata-mata.
          sebagai contoh, bila habis belajar dan menganggur, tak ada kerja, tapi hidup nak sentiasa mewah, bergaya dan berduit. bila cari kerja, tak nak kerja yang biasa. nanti kata " low standard ". betul kan?


==!>   Hedonistik


          budaya hedonistik ini ialah budaya hidup secara berhibur dan bergembira. seperti hidup untuk bersuka-suka tanpa ada batas dan kongkongan. seperti yang kita dapat lihat hari ni, di mana-mana sahaja ada tempat hiburan, boling, karaoke, wayang, klab-klab malam, dangdut, cyber cafe dan macam-macam lagi. ideologi ini mula diperkenalkan dengan propaganda "berseronoklah kamu sebelum kamu mati, kerana keseronokan itu hanya dirasaai ketika hidup" dan ini la yang tersemat kukuh dalam minda kita sekarang. memang dah tak boleh di buang lagi.
          sebagai contoh, di peringkat remaja, sekolah lagi, dah berkeinginan memiliki handphone, bercouple dan sebagainya, hanya kerana nak bebas merasai segala keseronokan. tindakan ibubapa melarang dikatakan terlalu mengongkong dan " berfikiran kuno ". sedangakn ibubapa tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. kuno ke nak jaga anak-anak dari terbiar dan jadi tak tentu hala, berseronok macam orang tak ada akidah, bergaul tanpa batasan jantina.  demi keseronokan sementara. mata dah kabur dengan kesenangan yang di anggap berkekalan.


==!>   Individualistik...


          gaya hidup mementingkan diri sendiri ini juga dah berjaya tersemat dalam jiwa kita semua sekarang. memang dah jelas lagi pasti. sebab kebanyakan remaja sekarang ni. tak terkecuali mana-mana sekali pon. apabila sesuatu perkara buruk yang terjadi di sekeliling mereka, mereka lebih senang untuk tidak ambil kesah sebab bagi mereka, perkara tersebut bukan melanda diri mereka, tapi orang lain, jadi mereka tidak perlu ambil tahu. dalam erti kata lain kononnya tak nak busy body la. tapi tidak bertempat.sebab segalanya tak nak ambil tahu. itu dah jadi pentingkan diri.
          kalau bergembira pon tak nak kongsi kegembiraan dengan orang lain. masing-masing nak pegang moto senang dan susah sendiri tanggung, bila dah susah tau pula cari orang nak minta bantuan. tak gitu pembaca semua?


==!>   Pembaratan...


          gaya barat yang memuncak sekarang ni cuba meruntuhkan budaya timur kita yang dari dulu menempat di hati kita semua. dengan diperkenalkan gaya hip-hop, fesyenista kononnya. gaya tutup litup yang diamalkan kita ini ketinggalan zaman. kononnya zaman sekarang ini gaya semuanya pelik-pelik dan up to date yang tak cukup kain. kan. cuba ingat balik sejarah yang kita belajar. tamadun manusia. manusia yang tidak bertamadun digambarkan dengan hanya memakai cawat kecik sahaja tanpa berbaju dan tak cukup kain.
         dah boleh fikir sekarang? budaya mana yang ketinggalan zaman dan tak bertamadun? budaya timur kita atau budaya barat mereka?




kenapa semua ni terjadi?
sebab minda kita waktu remaja ini mudah menerima
dan always nak mencuba.
apa yang orang lain buat, yang itu kita nak buat.
betul tak?

wallahua'lam...

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

4 comments:

Ku Azhar said...

anda terlupa...facebookerialistic! hehehe...kene online smpai xmo buat keje lain :D

JaRyiE jEmArYiE kOo said...

hehe.. lpe plak..boleh x nk kecualikan facebookerialistic? hehe

aleen aiden said...

1st time dengar pkataan hedonistik.hahah
btw thanx..

JaRyiE jEmArYiE kOo said...

same2 aleen... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih