Powered By Blogger

Sunday, March 27, 2011

doktor cinta ker?

owh my God....




aku dijadikan rujukan? haha. kelakar la korang ni. korang ni tengok guna mata hati ke mata kepala? aku ni mana la tau pasal cinta-cinta ni.




tapi sikit-sikit tu boleh la aku cakap atau nasihat kan....




 ok, situasi pertama: - jika lelaki kata dia suka masej dengan kita.




# ok, bagi siapa-siapa yang pernah mengalami situasi ni, aku nasihatkan, jangan la anggap statement ni sebagai cinta. sebab kita boleh tafsirkan statement ni dalam macam-macam cara, lagipun, fikiran setiap manusia ni berbeza-beza. tambahan lelaki ni, kita tak dapat nak baca tau isi hati diorang. sebab fikiran diorang tak sama dengan fikiran kita yang lebih terpengaruh dengan emosi ni. korang pun tau yang lelaki lebih cool kan.(hey lelaki, jangan nak bajed sangat la ok).




so, bila dia kata dia suka mesej dengan kita tu, boleh membawa macam-macam maksud, boleh kate die suka mesej sebab die selesa dengan kita,(i meant berkawan). yela, lelaki kan lebih cenderung kepada persahabatan berbanding cinta. perasan tak? ok, dan boleh kate jugak dia suka mesej dengan kita sebab dapat hilangkan bosan ke, sebab lelaki ni dia nak sentiasa ade teman, kalau tak dia bosan jalani aktiviti harian. macam tu la. mungkin jugak dia kate suka mesej dengan kita sebab satu kepale ke, ade sesetengah perempuan ni tak boleh bawak gurau yang agak kasar kan, mungkin kita boleh, so sebab tu die kate suka mesej dengan kita, ade juga kita boleh tafsirkan berkemungkinan dia jatuh hati dengan kita, tapi dia segan nak luahkan,(tapi ni probability yang agak rendah la). senang je nak tahu, dia jatuh hati ke tak, iaitu bila start mesej tu, dia yang mula dulu setiap mesej, maksud nya die je yang selalu hantar mesej dulu pada kita dan bukan tunggu kita yang hantar dulu baru balas. so dah tahukan perbezaannya..


OK.... till then.... bye....
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Saturday, March 26, 2011

My Future Husband

ape aku nak merapu untuk muqaddimah kali ni ek? adussssss

tu la kau, sape suruh ko tulis pasal ni? kan dah susah... ntah papape ntah...

ishh kau ni, bagi la semangat sikit, ape punye kawan daaaaa.... eleh... nak layan jiwa sikit pun salah ke??? lantak aku lah....

kan sayang....=)

Ashraf Muslim
ni la bakal future husbang aku kat dalam anganan aku. ye la tu je pun yang aku mampu, nak dapat betul-betul susah la... memang tak la kan... hahaha
actually, i rase kan sayang, u patut teruskan la imej islamic u ni. i like sangat-sangat. muka u nampak suci sangat tau... sejuk mata memandang. 
i dengar u memang jadi ustaz kat dunia realiti, betul ke? kalau betul alhamdulillah la kan. tapi i kecewa la dengan u, i tak suka la u pegang-pegang dengan perempuan-perempuan rakan-rakan artis u tu. i jeles tau tengok u sentuh-sentuh diorang semua. u kan jejaka baik, u tak payah la sentuh perempuan. nanti berdosa la u. lagi satu, u kan ustaz, jadi tak elok la orang tengok u pegang perempuan kan, tu kan aurat. Allah marah u nanti... tak nak u... ok... owh ye, sebelum lupe, macam mana dengan luka u kena tikam dalam Aku Masih Dara tu? jahatkan Farid Kamil masa tu sebab nak bunuh u, nasib baik u kuat. kalau tak i dah menjanda dah tau. terpaksa la i kawen dengan Farid Kamil. tapi ok jugak kan. dia hensem pe. tapi u lagi hensem... (i bodek u ni...) ape-ape pun u jaga diri tau, kalau boleh lepas ni i nak tengok u dah tak sentuh mana-mana perempuan dah... i tak nak la u buat dosa... ingat tu...

sayang sayang,

Awal Ashaari
ni lagi sorang sayang i., senyum u manis u tau tak. lama i tak tengok u tau. rindu la. sebenarnya i nak merajuk la dengan u, tapi u buat tak layan je...(die tak kenal aku pun). yela. u tu, senang-senang je angkat perempuan tu dan dukung dia... i marah ni... hah? ape? u tak ingat? yang mana u tanye i? u ni kan, selalu buat-buat tak ingat tau, nak mengelat la tu kan... alah yang mana lagi kalau bukan dalam Syurga Cinta tu. dah la u pergi kelab malam u tak tanye i dulu, i tak izinkan tau... tengok ape u dah buat, i bukan saje-saje nak kongkong u tau, i tak nak u buat perkare tak senonoh la. dah la u pergi kelab malam, pastu u bawak balik perempuan pulak tu ke rumah. berapi telinga i tau. hati i ni, u langsung tak nak jage kan. yelah, siapa la i ni. jap, tak berat ke u angkat perempuan tu u? die kan ada kaki sendiri, bia la dia jalan je, yang u gatai gi angkat die tu kenapa? u pun same je dengan die. saje nak buat i jeles kan? sampai hati u...lepas ni u jangan buat macam tu lagi tau. i suke orang yang alim, jadi u kene ubah diri u unutk jadi alim. i tak suke u buat dose. kalau dekat i dah karate dah u tau.

sayang sayang sayang...

Ery Putra
hai sayang, u nak gi mane dalam kereta ni? eh tu, ape yang u pakai tu? nampak bulu ketiak la u. malu la i. u ni, tu la i dah pesan banyak kali, lain kali tanye dulu nak pakai baju mana, jangan main sauk je. kan dah terdedah sana-sini. ape la u ni. manje betul. hehe... u u simpan rahsia ek dari i? i dah dapat tau dah dari mata-mata i. diorang kate u pakai botox, betul ke? patut la i tengok dagu u lain macam je. patut la i ajak dating u kate tak ade duit, rupe-rupenye u bazirkan pada dagu u ye. u, kenapa membazir ni? i tak pernah ajar u membazir tau, sejak i kenal u lagi....(tapi u tak kenal i la). kalau u nak tahu, walaupun u tak buat botox tu, u dah cukup hensem dah tau, u dah tawan dah hati i sejak u tak ubah pape lagi tau, kenapa u nak susahkan diri ubah segalenye? i tau u buat tu untuk i, tapi, bukan tu yang i harapkan la u. u ni, i cuma nak u tambah bakat u dalam lakonan je... sebab i suke tengok u berlakon. u so cute u know... so tak perlu la botox-botox tu semua. buat seksa diri je tau. lagi pun tak baik tau ubah kejadian tuhan...

sayang sayang sayang sayang...

Zizan
sayang, u ni kelakar la, i happy tau dengan u, happening sangat. dengan celoteh u. dah lama i tak tanya kabar u...(memang tak pernah pun). u sihat? macam mana dengan badan u? ari tu u jatuh basikal kan, dah la kat pentas pulak tu, tu la u, i dah cakap dah, kat pentas tak boleh tunggang basikal la. u je yang degil. lain kali nak main basikal, ikut je Azizilhasni main basikal. kat track lagi selamat. bukan nya i tak tahu u tu hyper active. u hidung u tinggi sangat la, i jeles la, hidung i kemek je. macam mana u mancungkan hidung u tu? hehe... dulu u bagi i, u tak hensem, tapi hari ru u pakai baju kaler putih u nampak hensem la. cume u ni suke sangat pakai seluar ketat. semua tang tak patut nampak semua nampak. malu la i dengan u. u pakai la seluar saiz u, jangan pakai seluar adik u... (die ade adik ke?). sendat, lekat, padat. semua ade. tak senag mate i ni nak tengok u, sakit mate la i.... u jangan pakai macam tu dah tau.... tak mau... tak mau....











jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Friday, March 25, 2011

NI HAK SAYA, APA HAK AWAK...?!!!

  1. saya tak suka kalau ape yang saya buat, awak nak pertikaikan, suka hati saya la nak buat ape pon, if saya pergi ke tempat awak membebel tu saya nak baca ke saya nak buat ape ke, tu hak saya kan, awak tak boleh nak paksa saya untuk ikut telunjuk aawak. sebab semua orang ada background yang berlainankan. jadi, ape guna kita paksa orang jika hati dia tak rela? sekurang-kurang nye if saya tulis kat shoutbox awak tu, maknenya saya ambil berat pasal awak tau, tak semestinya orang datang ke blog kita sebab nak bace ape yang kita bebelkan. terpulang la kat orang tu die nak buat ape pun asalkan tak melebih-lebih, ape hak awak nak marah???
  2. ape hak awak nak marah-marah orang? saya tak suke la awak marah-marah ni... dah jadi tak hensem dah.(jap2... awak hensem ke? saya x tau la) bia la orang lain nak kate ape pon, diorang nak bace ke tak nak bace ke, kitea tak boleh la nak marah. tu hak die, masing-masing ade hak masing-masing, kita usaha bahagian kita je, yang selebihnya terserah la pada mereka sendiri, if diorang tak bace, diorang yang rugi, kita tak rugi pape ok. awak rileks je la. jangan la gelabah sangat. sejak bila awak jadi jejake glabah ni? tak suke la macam ni... 
  3. dan lagi satu saya nak cakap kat awak, biala orang tu nak tanye berapa banyak sekali pun, die tanye sebab nak tahu, sebab die ambil kisah pasal awk. jadi if soalan yang ditujukan tu dah pernah awak terangkan. awak cakap je kat die, if nak tahu, look back to my previous entry, awak x payah la nak marah or use kerek words untuk cakap yang soalan dia tu dah familiar. ok. mungkin die batu lagi concern pasal awak, so yang sebelum-sebelum ni dia tak tahu sedangkan orang lain dah tahu. ok. jangan hampakan orang yang support kite ok.
  4. yang satu ni saya suke berkenaan dengan awak, sebab awak kate awak hargai sesape yang bagi good respond pada bebelan aawak. saya suke ok. 
  5. awak memang suke menyakat perempuan. tu saya memang sedar. tapi kadang-kadang tu agak mengguris prasaan tau sebab saya pun perempuan jugak. tak salah dan saya tak marah. sebab if fikir balik, menggelikan hati jugak walaupun hati berapi. awak kate awak setia? yeke ni? setia sangat ke? setia dengan sape? kate seorang je? sape yang seorang tu? beul ade ke seorang tu? ke rekaan awak je? hahaha... awak jengan marah...
  6. saya tak rase awak pendiam jika di real life awak. sebab awak memang banyak cakap la saya rase. walaupun awak tak bersuare, tapi hati awak akan sentiasa berkate-kate kan. sebab tu la awak boleh bebel panjang lebar tiap-tiap post. brtul tak? jujur la saya kate, aawak banyak cakap sebenarnye, 
  7. kalau betul awak baca blog orang lain jugak, awak bace tak blog saya? saya tau blog saya ni ntah pahape je, sebab saya tak kreatif macam awak, blog awak cantik, tapi awak kate tak kisah kan. so awak bace tak? boleh awak bace. kalau tak, ni semua sia-sia la saya tulis.
  8. and awak jangan risau la pasal umur tu, tapi tu hak awak if awak nak keep it secret pun saya tak boleh kate ape pon kan sebab bukan setakat umur awak secret, semua sekali awak secret. langsung tak dapat tau awak sape. and awak ade kate people can't accept pendapat orang yang lebih muda and it is a fact. ye memang but if kita fikir balik, walaupun diorang tak terime, padahal hati diorang dah mula terima if pendapat yang kita bagi tu bernas dan boleh diterima pakai, cume diorang tak tunjuk je sabab tak nak mengalah dengan orang yang lebih muda. nanti tergugat la diorang umur dah tue tapi tak mampu fikir jauh. so diorang tak nak malu sebenarnya. lumrah dunia la kan, awak buat cool je. ok....

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

lelaki kalau x slim xpe? tp kalau perempuan x bleh?

ape kes? ape beze lelaki dan perempuan dalam skop slim x slim ni? kenapa lelaki boleh dan perempuan x boleh?




aku tak setuju.... langsung tak setuju... memang aku tak setuju....
ape beze nye, ok, if lelaki kate diorang tak berapa nak sedap mate memandang jika terpandang pada perempuan yang berbadan agak comel a.k.a. tembam, tak semestinya perempuan dapat tengok lelaki yang seangkatan seperti tu.
jadi papatah yang tersebut di atas tu x betul la kan. so memang aku tak sokong if ade some one yang cakap macam tu, even sekali die lelaki or perempuan.
ok, sape kita nak memilih orang? kita ni dilahirkan sempurna ke dari hujung rambut sampai hujunga kaki? apa hak kita untuk pertikaikan tentang kejadian seseorang? melainkan orang itu gunakan nikmat tubuh badan tu kearah yang tak berapa nak betul tu kita boleh la nak buat macam tu ka.... wa panas hati betul la.




kepada jejaka yang dimaksudkan, if awak dilahirkan sempurna, saya boleh terima if awak nak memilih orang untuk di pandang. tapi awak pun ntah pape, so tak payanh nak berangan sangat la nak yang elok je, tak semua yang kita nak kite dapat... ni ayat ni selaku kawan aku gune. aku cilok je ni, sebab rasenye sesuai je nak digunakan kat sini....
sebab saya tahu awak pun tak sempurna jugak macam orang-orang lain. sebab mane ada manusia kat dunia ni yang dilahirkan sempuarna segalenye? dan awak kate, lelaki gemuk tak ape, tapi awak tak suke prempuan gemuk, habis tu awak ingat kami yang perempuan jelitawan-jelitawan ni suke ke lelaki gemuk? ni nak bandingkan dengan statement die ni je, bukan bermaksud kami perempuan memang tak suke lelaki gemuk, tak sama sekali... kitorang bukan macam die ok....




what the fuuuuuu...... awak kate lelaki gemuk tak kisah ek... mesti awak pun seorang yang gemuk kan, sebab tu awak kate macam tu, sebab nak bela diri la katekan, sedangkan awak sendiri pun tahu kebenarannye, orang kate x baik tau menipu, tak kire la tipu banyak ke tipu sikit, kalau dah namenye tipu tu makne nye berdose la ok....




so... i nak tanye u la kan, maklumla, ramai yang kate pendapat u ni satu pendapat yang bernas. ok, ape slahnye perempuan tu gemuk? tak kire la die dari lahir dah keluar-keluar je dah bulat sketul or mule gemuk bile dah besar ke. ape salahnye? tu yang dikurniakan pada die. awak manusia biasa, saya pun same, dan ape hak kita (terutama sekali awak) untuk menilainye? untuk mengkritik die? kenapa? sedangkan kita tahu ia adalah makhluk ciptaanNya. so perasan atau tak bile kita menilai seseorang itu terhadap fizikal die, kita sebenarnya tengah memperlekehkan kuasa yang kat atas sana tu. boleh bayangkan tak???




ok, jadi, tak payahlah nak pilih orang ni, tak kisah la sape pun, asal kan die tak membawa kepada kemudharatan pada kita sudah la, ingat satu je, if kita tak suke kepada seorang, berpuluh kali ganda bilangan orang yang akan tak suke kita.




jadi belajarlah terima seseorang itu seadanya ok. supaya semua orang boleh terima kita...(awak ingat tak ni?)
kalau tak ingat, saya sekeh kepale awak. ade bran Mr TOK????
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Tuesday, March 08, 2011

BAHU KE BAHU DAS 2

assalamualaikum...


penat betul aku rasa hari ni sebab petang tadi kami ahli keluarga das2(diploma alam sekitar 2) bergotong-royong, berganding bahu dari bahu ke bahu bak kata skuad era.fm kan untuk menyiapkan atau menghasilkan satu kain rentang untuk diletakkan pada hiasan pentas nanti pada hari EVENT GREEN GENERATION GLAMOROUS NIGHT. kami bertungkus lumus menyiapkan kain rentang itu sendiri tanpa bantuan orang lain...(maksud aku orang luar selain das 2). seronok sangat. masing-masing dengan tugas masing-masing.




aku bersama intan dan mazni selaku BIRO SALETIP...




opie, yana izatte, bella, dilla dan liyana selaku BIRO PELEKAT...




kak aini selaku BIRO SPRAY....




dan macam-macam ragam lagi ada kat situ. memang happening sangat2... tapi tak dapat la nak tunjuk pictures sebab terdapat halangan tertentu menghalangi aku untuk upload pictures kami semua sedang bergotong-royong.




semua bajed kami sendiri yang keluarkan. ada juga bantuan dari penasihat akademik yang kami sayangi iaitu encik saifol hadi. terima kasih encik saifol di atas bantuan yang di hulurkan. kami das 2 amat hargai pertolongan encik dan akan dikenag sampai bila-bila.


tangan dengan kaki sape la tu agaknye kan... hehe
ha ni la kain rentang kitorang. ape? tak cantik???? hello.... tolong tengok betul-betul k, ni baru permulaan tau. eleh, jeles la tu. dengki kan dengan kitorang yang kreatif ni kan? eleh cakap je la kalau jelas.. kitorang faham punye la..

mase ni mula-nula nak spray part 1. seperti diberitahu juru spray kita yang berkaliber iaitu kak aini, sedang mengerah keringat petang dia menseperay corak kerawang kat hujung kain rentang ni. cantik... ditambah dengan semangat kitorang yang berkobar-kobar dan berkerjasama ni, membuatkan kain rentang ni bertambah cantik secantik warga-warga jelita das 2. hehehe...

kerawang merawang
ha ni la hasil dari yang tadi tu... tadi tu memang la tak nampak sebab kami menggunakan teknik yang amat berhati-hati agar seperayan tak comot. hehe... cantik kan... kreatif tak kitorang??? takpe, takpe, jangan jawab, sebab kitorang dah tau dah ape jawapan dia. mesti nak cakap cam ni kan..." eh ehhhhh.... cantiknye.... pandai korang wat ea.... eh eh ehhhhh.... memang cantik sangat la.. memang berseni la korang ni das 2..." ni kan yang korang cakap. eleh, dah dapat bace dah kat hati korang tu. hehe...

penjuru kiri punye kerawang


penjuru kanan punye kerawang


kami buat kerawang di dua penjuru je sebab nak elakkan dari nampak berserabut. sebab nanti nak letak tulisan lagi kat tengah-tengah tu... hehe...
pandaikan kitorang ni... 
biase la das 2 kan... mesti la pandai... tengok kaki la derrr...

cube bace pe kitorang tulis tuh


ha ni mase nak spray bahagian tulisan lak, mase ni la aku mengeluarkan segala skill yang aku ada untuk gunting saletip. heheh.. susah tau, korang penah ke gunting saletip?? ha... peluh merenek tau keluar dari dahi licin ku ini... 
kak aini rest jap time ni sebab nak simpan tenaga untuk spray lak nanti... 
kepada yang kenal kak aini so dapat tau la die cume besar mane je kan...so faham sendiri la.. kan kak aini kan...


ni la hasilnya bila dah siap semua langkah atau step. jeng jeng jeng... cantik tak? gambar jauh la, so tak nampak sangat. sorry. fon murah je. tak mampu nak guna fon mahal...


kitorang banyakkan penggunaan warna hijau sebab kami kan das, alam sekitar kan. so hijau la pilihan kami. lagipun event ni name die GREEN GENERATION EVENT so dah terpempang perkataan GREEN tu. so hijau la... kukuh tak alasan?? boleh la kan... dari tak ada alasan langsung.

campuran warna dari kami


cantikkan???


cantikkan? same cantik dengan ahli das semua. 
terima kasih diucapkan kepada yang sudi membantu tadi dalam menyiapkan kain rentang ini. bantuan dari anda semua amat dihargai. jutaan terima kasih juga kepada yang memberi sokongan fizikal dan mental kepada kami. dan tak lupa juga kepada yang sudi memuji hasil kerja kami. 
ini je yang termampu kami usahakan. 
(macam ayat dalam folio budak sekolah je kan.ahhhh peduli ape kan)

wassalam..... [dontjudgeabookbyitscover]
























jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Wednesday, March 02, 2011

rindu sesangat...

ma...
yu rindu la kat ma...
rindu sangat-sangat....
tambah-tambah tadi kawan-kawan sembang pasal mak diorang....
diorang cakap best setiap kali balik rumah kan, mak diorang masak makanan yang diorang suka...
pastu diorang cakap kat yu yang rugi yu dah tak ada mak...
bukan yu mintak ma pegi awal-awal...
kalau boleh yu nak ma ada sampai bila-bila... 
kadang-kadang yu selalu bayangkan ma ada...

ma...
ma igt tak lagi dulu masa ma ada dengan yu kan...
masa yu kecik-kecik dulu tu...
yu tido dengan ma...
bangun pagi ma jerang air panas wat mandi sebab air perigi sejuk...
pastu kalau ma g keje yu selalu tepon tanya ma nak balik pukul berapa...
hehe... sekarang tak boleh nak tepon dah...

ma....
yu igt lagi masa tu yu kene ejek dengan kawan-kawan kat kampung...
ma gi marah diorang sebab ejek yu tak ada ayah...
senyum bangga yu masa tu sebab ma ada...
tapi sekarang dah tak ada dah orang yang boleh marah kawan-kaawan yang ejek lagi...

ma...
masa ma sakit yu tak jaga ma elok-elok kan ma...
yu ada nampak ma nangis satu hari tu...
ma nangis sebab yu tengking ma kan...
yu jahatkan masa tu ma...
ma marah yu lagi tak???
ma ampunkan yu tak???

ma...
masa ma sakit...
ma selalu makan nasi dengan ikan kering je dan berkuahkan air masak...
tapi yu tak pernah amek peduli pasal tu semua...
tak pernah fikir apa yang ma rasa masa tu...
dah la ma tidur pon sambil duduk... 
tak dapat nak baringkan badan....
nanti ma akan sesak nafas...
tapi yu, sedap je lena kat atas tilam...
kadang-kadang ma tak dapat tidur pun semalaman...
ma cube gerak yu tapi yu tak kesahkan ma kan....
jahatkan yu ni ma...
yu anak derhaka kan ma...
ma marah yu lagi tak ma???

ma...
yu ingat lagi masa ma belum sakit...
ma selalu wat yu ketawa...
tapi bila ma sakit yu tak pernah kesah perasaan ma pun...

ma...
yu rindu kat ma...
rindu sangat-sangat...
kalau ma ada kan best....
yu tak perlu nak tumpang kasih pada keluarga orang lain...
kenapa ma gi awal sangat???
ma kata nak tengok yu masuk universiti...
kenapa ma tak nak tunggu dulu???

ma...
ustaz cakap kalau derhaka pada ibu kita tak dapat cium bau syurga pun ma...
ma ampunkan yu tak ma???
yu dapat masuk syurga tak ma???
ma... yu rindu kat ma...

ma...
sekarang ni yu dah dewasa ma...
yu dah solat penuh...
setiap kali lepas yu solat yu selalu doakan ma...
yu nak ma masuk syurga...
yu nak tambah pahala ma...
tapi yu nak mintak ampun juagak sebab kadang-kadang yu tinggal jugak solat...
yu mintak ampun ma...
ma ampun yu tau...

ma...
dulu yu cuma tak ada ayah...
sekarang ma pun yu dah tak ada jugak...
yu malu la tumpang kasih sayang orang lain ma...
kenapa ma tinggal yu awal-awal???
yu tak sempat nak wat ma bangga...
masa ma pegi pun dalam keadaan yu yang tak mampu nak fikir matang...

ma...
kawan-kawan cakap diorang nak hantar mak diorang ke mekah bila diorang dah ada keje bagus...
tapi yu nak hantar sape ma???
diorang cakap nak jaga mak diorang...
yu nak jaga sape ma???

ma...
yu rindu ma sangat-sangat...

ma... 
ampunkan salah silap yu ye...

ma...
yu sayangkan ma...
masa ma ada yu jarang cakap kat ma yang yu sayang ma...
tapi yu memang sayang ma...
sayang sangat-sangat ma...

ma...
ma sayang yu tak?? yu sayang ma... 
yu rindu ma...
ma jaga diri baik-baik tau kat sana...
yu akan sentiasa doakan ma...
yu akan selalu sedekahkan pahala pada ma...
nanti kita sama-sama masuk syurga Allah nanti ye...
tapi kalau ma je yang masuk...
yu harap ma gembira...
yu anak derhaka... 
ustaz cakap anak derhaka tak dapat cium bau syurga...
apatah lagi nak masuk syurga...

ma... 
yu sayang ma...
yu sayang ma...
yu sayang ma...

ma...
yu rindu ma...
yu rindu ma...
yu rindu ma...


...[dontjudgeabookbyitscover]...

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

lecturer aku cakap.....

assalamualaikum....




tadi aku ada kelas koko, iaitu kelab audiovisual and multimedia. masa dalam kelas tu, proses pengajaran dan pembelajaran kami semua habis agak awal berbanding kelas-kelas sebelum ni. jadi pensyarah kami bercerita la sedikit sebanyak serta beerkongsi apa sahaja ilmu pengetahuan yang dia ada kepada kami semua yang ada dalam kelas tu. antara intipatinya adalah:




1.  SIMBOL PEACE.


pensyarah tu bagitahu kami semua tentang simbol peace yang selalu kita para remaja guna atau gayakan ketika bergambar. sikit-sikit peace.... ha simbol yang 2 jari tu la. mesti pernah buatkan simbol tu. 
pensyarah tu bagitahu yang simbol 2 jari tu yang membentuk huruf v tu jika diterbalikkan akan menjadi bentuk v terbalik dan bentuk tersebut adalah salah satu daripada beratus-ratus simbol-simbol kebanggaan yahudi.
jadi dia nasihatkan kami agar tidak lagi membuat atau menggayakan simbol tersebut. jadi kepada rakan-rakan ku sekalian.. harap dapat fikirkan balik ok. terpulang untuk menerima atau menolak. itu hak anda semua. saya cuma menyampaikan apa yang saya tahu.

2. AHMAD DHANI DEWA 19.

semua kenal ahmad dhani ni kan? ala yang penyanyi kumpulan dewa 19 dari indonesia tuh. yang sekarang ni dah di calonkan sebagai pengetua akademi fantasia tu. tapi tak tahu la betul atau tak tentang tu sebab khabar angin tu pun saya dengar dari rakan-rakan terdekat saya sahaja. menurut pensyarah saya, ahmad dhani ini adalah penyokong kuat yahudi. ini dikukuhkan lagi dengan latar belakang dia yang ibunya adalah seorang yahudi german. dia adalah salah seorang ahli kuat kumpulan aluminati yahudi ni. 

kenapa dia memberi nama kumpulan dia dengan nama dewa 19? sebab bagi kita umat islam, pangkat tertinggi kita adalah malaikat, jadi bagi yahudi, mereka samakan pangkat malaikat kita dengan dewa bagi mereka. jadi kita ada malaikat kita dan mereka ada dewa mereka. mereka sebenarnya nak meniru islam. tapi kita sendiri tahu yang itu memang mustahil. bagi no 19 pula, dalam yahudi, mereka juga suka dengan no ganjil, kenapa? sebab islam juga guna no ganjil. nak tiru. tapi mereka cuma tetapkan hanya pada no 19 sahaja. no ini ada memberi maksud tertentu pada pengikut yahudi ini. 

3.  LASKAR CINTA

laskar cinta? pernah dengar tak lagu ni, dulu lagu kumpulan dewa ini sangat popular di malaysia. perasan tak lagu ni, musik dia agak menyeramkan. betul tak? musik dia semacam je. dulu masa dengar lagu ni saya takut. saya tak suka lagu ni. macam syaitan je bunyi musik dia. pensyarah saya bagitahu, bahawa, perkataan laskar cinta itu jika dilihat dihadapan cermin, dan diterbalikkan yang bawah keatas dan yang atas ke bawah, ianya kan menjadi deretan huruf tulisan bahasa yahudi. dan deretan huruf yang tak difahami ini akan membentuk satu perkataan dalam bahasa yahudi. dan mempunyai maksud-maksud yang tertentu. jika anda para sahabat rajin, boleh la cuba buat seperti itu dan cuba transfer pada microsoft word pada lappy masing-masing untuk ketahui maksudnya dengan lebih jelas. 

4.  SIMBOL ALLAH

simbol Allah ini saya tak mampu nak tunjukkan dengan lebih jelas kerana proses nak upload picture ke blog tak dapat dijalankan kerana line tak berapa nak laju. saya cuma mampu menerangkan sahaja. jika anda peka, cuba perhatikan setiap videoclip kumpulan dewa yang performance dia di pentas, akan ada satu lukisan yang berbucu-bucu pada lantai pentas tempat dia menyanyi dan menari-nari itu. dan simbol itu adalah simbol Allah dan islam. cuba kamu tafsirkan sendiri jika simbol Allah itu ada pada lantai pentas tempat ahmad dhani ini menyanyi dan merani, apa maksud dia? setiap lagu dewa, agak rancak, dan die menari melompat-lompat, terkinja-kinja di pentas yang ada simbol itu pada lantainya, dengan memijak-mijak simbol itu. apa makna nya?  
perbuatan itu adalah menghina dan menjatuhkan Allah. memijak-mijak Allah. subhanallah. dalam tak sedar kita berhibur sedangkan pada masa yang sama Allah dihina dan dijatuhkan. apa maruah kita umat islam?? renungkan kawan-kawan.

ini sahaja yang mampu saya kongsikan pada hari ini... harap-harap kawan-kawan semua mampu mentafsirkan sendiri dan dapat menilanya sendiri. dan jika apa yang saya sampaikan ini berguna sebagai ilmu pengetahuan yang patut dikongsikan, jadi jangan segan silu untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain agar mereka juga tahu apa yang kita tahu. anda semua mesti tak nak kan rakan-rakan yang lain terus leka dengan penipuan ini tanpa mereka sedar...

wassalamualaikum....[dontjugdeabookbyitscover]

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih