Jam 2.00 pagi.
"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya."Eh! abang dah
balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang
dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas". Jawapan yang cukup mengecewakan
Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,
abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat
kesukaan abang," luah Nura dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu," pinta Nura
sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali
lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih
perasaannya.
Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia
sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura
menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok
gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah
terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa
kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura,
"bisik hati kecilnya.
Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak
kucup abang, Nura rindu abang".
Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia,
dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan
paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk
menempuh segala badai.
Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas
menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan
ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum," sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke
pejabat."Waalaikumsalam, sayang," Nura cuba bermanja sambil menambah,
"abang nak kopi atau teh?"
Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada
'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar
menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar
pemergian suami hingga ke muka pintu.
"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura," kata
Nura selepas kereta itu meluncur pergi.
Arrghh rindunya Nura pada abang.
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi,"
jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dahsyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi
semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak
buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan
borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00, aku balik pun bini aku dah tidur,"
balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari
alasan
balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing,
kau ada masalah dengan Nura ke?" Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup
dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang
bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku
rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi
entahlah," terang Hilmi."Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar
kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita
keluar ok?" usul Zikri."Ok," ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung
kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat
manis dia diijab-kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri
sanak saudara dan rakan terdekat.
Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi
mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya
sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi
sekarang, dia tidak punya sesiapa.
Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh
yang pendek.
Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan
itu makin menjauh.. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi.
Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?" tanya Nura 5 tahun
yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan
Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh
kasih sayang buat Nura," janji Hilmi."Walaupun kita tidak berpeluang
menimang zuriat sendiri?" tanya Nura lagi."Syyy...doktor pun manusia macam
kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada
zuriat sendiri," Hilmi meyakinkan Nura.
Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin
tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada
ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi
yakin Nura mampu memberikannya zuriat.
Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi
sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu
memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan
untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah
moden dan tradisional.
Arrghh rindunya Nura pada abang.
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan
Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu
mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi
terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah
Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja,
sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku
rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar
sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri. "Entahlah Zek,
aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni
akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa
sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba
mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana
aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?" kata Zikri tidak
berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?". " An a k
angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan
zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan
kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kahwin lagi, tapi aku tak
sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup," ujar Hilmi.Nura masih
menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi
berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah
saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung.
Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan
mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu,
maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua
mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya
dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju
untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati
mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.
Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke
kampung suami tersayangnya.
Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini...aarghh
rindunya Nura pada abang..
Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan
memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah
inibersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak
pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila
dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.
Arghh tak apalah, demi suami tercinta.Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan i kenapa?
Adakah kerana simapti atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua
minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati
menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang-kala teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula
sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,"adu Nura
pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call
teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni," jawapan
Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata.
Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil
cuti, bersama-sama menemani Nura.
Arrggh rindunya Nura pada abang.
Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak
mahu ke klinik selepas makan dua biji panadol, dia terus berbaring.
Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk,
kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis
harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia
ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup
lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada
didepan mata setiap hari.
Aargh rindunya Nura pada abang.
Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka
mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang
dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti
kelazimannya."Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah
Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan
balik lambat, Nura tak berpeluang abang," ujar Nura dengan lembut. "Eh..dah
pandai menjawab,",perli Hilmi.
Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura
nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni?" tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar
duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia,
dan dia terus bertanya, "Dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk
Nura, tapi sekarang?" ujar Nura."Sudahlah Nura abang dah bosan, pening,
jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada," bantah Hilmi lagi. "Sampai
hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan
zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara
tangis anak-anak bukan?" Dan Nura terus bercakap dengan sedu
sedan."Sudahlah Nura, abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak
suka.Bosan betul..."
Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa
suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon
bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun
dan maaf dari Hilmi bila dia kembali.
Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura
terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya
hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang
malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura
pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab
sudah tidak tahan lagi.
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini,
pulang abang, doa Nura.Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari
ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon
itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku
jumpa kau?" tanya Zikri. "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana
boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau," tolak Nura. Pilunya
hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik
hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak
aku boleh?" pinta Zikri .. "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama
tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju
Nura.
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh
makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak
Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia
lakukan.
Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.
Zikri serba salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak
mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses
untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri,
dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah
dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang."
terang Zikri..
Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung
mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita
gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna.
Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari
kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan
masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya betul apa yang Nura dengar tu,
dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji
abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak
lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang
inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji
takkan abaikan Nura," janji Hilmi.
Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan
segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu
kecewa.
Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak
dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan
dan mengalami pendarahan.
Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat," terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor?" tanya Hilmi. "Dua-dua ibu dan baby dalam
kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu
kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi
kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim
dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura," kesal
Hilmi.Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?" kesal Hilmi. "Nura
memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan
akan berkahwin dengan perempuan tu Nura tak sampai hati bang, Nura tak
sanggup abang malu dan keluarga abang malu," jelas Nura. "Nura sebenarnya,
abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja.
Belum pernah abang bincangkan soal kahwin lagi, dan
abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah
tidak lama lagi," janji Hilmi.
Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau
dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa
kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila
melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua
dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia
memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang
kegugurankerana rahimnya tidak kuat."Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit
sajalah," balas Nura.
Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor,
yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia
kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat
dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura
akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.
Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi
yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab
itulah Nura sanggup tinggal dihospital , sanggup menelan berjenis ubat,
sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan
gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi
dirasakan amat membahagiakan.Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana
bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para
doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius,
lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit
sahaja.
Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba
ditenangkan oleh kedua orang tuanya.
Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin
risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
Hilmi meluru. "Doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik
dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya
untuk selamatkan Puan Nura Ain ," terang doktor. "Apa maksud doktor?" Tanya
Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami
cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih
berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk
membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya," jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
"Ermmm...lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan
mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu
dengan Nura. Nura hanya tersenyum.
Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat
kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah
hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia
membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu
hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang
menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum.
Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu,
dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi."Mungkin mak
Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira," pujuk Hilmi menenangkan
Nura. "Abang...tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah
Nura kenapa ni?" Hilmi! ketakutan. "Mak....tolong mak...makkkkkkkkkkk,"
Hilmi menjerit memanggil emaknyadidapur. "Cepat, bawak pergi hospital,
cepat Hilmi," perintah Mak Zaharah.
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar,
dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia
'dijemputNya," terang doktor.
Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.
Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak
akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis
seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang
ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.
Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus
menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya
bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata,
tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu.. Semua terpaku dan
terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia
terlelap didakapan papanya.
Abang yang Nura rindui,Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu
menjadi isteri abang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini,
mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan
selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa
yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah
tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat
abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura
menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil
hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa
tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan
dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya
ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam
kandungan sahaja Nura redha bang.
Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup
bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk
mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi
selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha,
kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan
andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.
Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai
nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. An dai apa yang Nura
takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan
jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya
tanpa seorang ibu.
Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga
seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini
inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang
penyayang.
Abang yang Nura rindui... Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai,
Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak
berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu
yang.... Nura rindukan abang......Nura rindu sangat dengan abang.....rindu
bang...rindu sangat.....
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu,
Nura Ain Bt. Abdullah
Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini
dia amat rindukan Nura Ain ...dan kini barulah dia sedar betapa
berharga sebuah kerinduan itu....
Nura........abang juga rindukanmu
sayang..bisik hati Hilmi