Powered By Blogger

Wednesday, April 18, 2012

Tips Cinta Jarak Jauh

Assalamualaikum to loving couple sekalian, tengah happy ye. Bagus la happy selalu selagi boleh happy. Hari ni aku nak story about some tips untuk sape2 yang bercinta jarak jauh macam aku ni, jarang dapat jumpa pasangan. Bukan minta untuk menjalinkan hubungan jarak jauh ni, tapi bila keadaan memaksa, jadi terpaksa.

Bila masing-masing jauh, perasaan rindu makin hari makin tebal. Perit memang perit, tapi setiap dugaan mesti ada hikmah. Setiap halangan pasti ada jalan penyelesaian. Ramai yang kata hubungan jarak jauh ni tak boleh tahan lama. Tak semua macam tu, bergantung pada jodoh masing-masing.

ok, aku taknak intro panjang-panjang, ikuti beberapa tips ni untuk jadikan hubungan berkekalan ^___^


Tanam sifat percaya pada pasangan masing-masing.

Bukan benda mudah untuk duduk berjauhan ni, bila rindu otak mula fikir negatif, setia ke die kat sana. Kepercayaan adalah perkara penting dalam situasi ni, Elakkan anggapan negatif terhadap pasangan kita.  hadirkan sifat percaya antara satu sama lain demi menjaga hubungan suci ni. kalau saling menyayangi, Istilah Curang dan tak setia tiada dalam kamus hidup.



Dari sms ke snailmail.

Seriously, cara ni sweet sangat. Dari sms ke snailmail. bunyi macam old fesyen gitu kan. but disebalik old fesyen ni la dapat elak rasa suram dalam hubungan jarak jauh ni. Sebab if sms, boleh dihantar hari2 setiap ketika, kalau terlampau kerap hubungan boleh jadi suram. Bila under surat, ia makan masa gak lama dan masa ni boleh menimbulkan rasa rindu dalam hati terhadap pasangan and akan tertunggu-tunggu kandungan surat tu. Sweet kan. Memang cara percintaan oran dulu-dulu lagi manis berbanding zaman serba cangih ni. 



Surprise Present 

Buat kejutan demi kejutan buat pasangan. Tak perlu tunggu special day untuk beri hadiah pada dia. Rasa ada sesuatu nak bari kejutan, just do it. sebab dari situ boleh pupuk rasa sayang and cinta yang tebal. Buat pengorbana yang membuatkan dia menghargai diri kita atas pengorbanan kita terhadap dia, macam contoh lawatan mengejut ke tempat dia.



Webcam.

Sekarang dunia dah serba canggih, mustahil masih ada yang tak tau pasal webcam ni. kita boleh webcam dengan pasangan waktu rindu yang sedang membuak2. But jangan terlalu kerap, sebab ia boleh menimbulkan rasa bosan terhadap pasangan. Sweetkan, tatkala webcam, senyum, lepas rindu, dengar suara. saat manis yang tak dapat dihuraikan. tapi harus ingat, jangan kerap.

So thas all from me, i hope u guys enjoy my entry today.
try to use ur own creativity to make ur relationship always better walaupun berjauhan ok. ^___^....V peace!!

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Tuesday, April 17, 2012

#WW : Wallpaper for Corby ll

cara2 dapatkan wallpaper ni, korang just :
1. klik kat wallpaper yang korang nak
2. then bile dah keluar korang right klik kat wallpaper tu
3. lastly u all tekan save image ok. ^___^

if korang ade any request wallpaper type or for different model phone,
Bella cuba dapatkan ok..

p/s: this wallpaper just for corby ll je coz dah fixed size for corby ll screen.
jangan lupe tinggal jejak korang kat komen k. Thanks (^^,)
















































jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Thursday, February 23, 2012

Dimana Cantiknya Seorang Muslimah

mungkin pada sepasang matanya yang hening, yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja...
boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala yang memberikan kucupan mesra di dahi umi dan juga ayah, suami dan juga pipi mungil anak-anak...
atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut dan sekaligus melembutkan perasaan. 
sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan, sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pon masih belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan. 

kitalah perempuan itu, panjatkanlah kesyukuran kehadrat Allah kerana telah menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. 
namun betapa pon dijaga, dipelihara, dibelai, dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. wajah akan kelam, mata akan suram. 

satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang tipupuk dengan iman dan ibadah...

ANDA INGIN LEBIH CANTIK DAN MENARIK????

.. jadikanlah menundukkan pandangan sebagai hiasan mata anda, nescaya akan semakin bening dan jernih..

..oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda, nescaya akan lebih manis..

..gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon iman..

..pakailah sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan..

..rawatlah rambut anda dengan selendang islami yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahaya..

..hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jari anda dengan cincin ukhwah..

..sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung kesucian..

..bedakkan lah wajah anda dengan air wuduk nescaya akan bercahaya di akhirat..

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Kelembutan Bukan Kelemahan



"..ish perempuan ni memang tak boleh di harap. suruh buat kerja semua tak boleh." rungut si Adam.
"memang perempuan ni lemah. kami tak mampu buat apa-apa tanpa bimbingan lelaki" balas si Hawa pula.
sesungguhnya setiap kejadian Allah itu punya hikmah dan sebabnya. dan kadang-kadang mungkin menjangkaui logik akal makhluknya. sebab itu lah apabila Allah ingin menjadikan kita, manusia di bumi ini, para malaikat mempersoalkan tindakan Allah ini. "kenapa kau mahu jadikan makhluk yang akan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan diatas muka bumi ini?" Allah menjawab dengan jawapan yang cukup hebat,"sesungguhnya aku tahu apa yang kamu tidak tahu" 


jika difikirkan samalah juga dengan penciptaan jantina lelaki dan perempuan. ada hikmah disebalik kejadian ini semua. masing-masing punya fitrah peribadi masing-masing. lelaki dikenali sebagai golongan yang kuat, mementingkan logik dari emosi. perempuan pula dikenali dengan kelembutan dan emosi yang tinggi namun, PERSOALANNYA, BILA ITU KEADAANNYA, ADAKAH MARTABAT PEREMPUAN ITU DIRENDAHKAN OLEH ALLAH? ADAKAH BERMAKNA SESIAPA YANG DICIPTAKAN SEBAGAI WANITA MAKA DIA ADALAH MAKHLUK YANGLEMAH???

sedarlah..wanita sebenarnya bukan lemah, tetapi lembut. dan kelembutan itu bukanlah satu kelemahan. malah ia adalah lambang kecantikan dan moleknya wanita tersebut.. cuma kadang-kadang mungkin akibat doktrin dan pemikiran sebegini mermain difikiran wanita, wanita tidak merasakan diri mereka berharga. golongan ini lupa bahawa sesungguhnya disebalik kejayaan seorang lelaki, punya wanita disebaliknya..

saya pernah mendengar kata-kata daripada seorang sahabat tentang tuan guru nik abdul aziz. menteri besar kelantan. mungkin masyarakat melihatnya hebat, namun, ramai yang tidak mengetahui disebalik kehebatannya. dia sebenarnya ditampung dan di sokong oleh seorang isteri yang sangat memahami dan hebat. boleh rujuk buku baru "bidadari dari timur" untuk maklumat lanjut. kita lihat Rasulullah sendiri di awal islam itu dibina siapa yang sentiasa mendampingi dan menyokongnya? sudah tentu sekali isteri yang paling disayanginya Saidatina Khadijah. hebatnya insan yang bernama Khadijah ini sehinggakan dikenang oleh Nabi SAW di sepanjang hayatnya sehingga Aisyah sendiri cemburu dengannya akibat kasihnya Nabi SAW kepada Khadijah.


jadi adakah benar perempuan ini lemah? jika perempuan tiada lelaki juga tidak teratur hidupnya, bahkan mungkin lelaki juga akan menjadi lemah. cuba kita bayangkan jika Allah jadikan lelaki yang mengandung dan menyusukan anak, tak ke kelam kabut dunia ni jadinya?? sebenarnya wanita tidak lemah, bahkan sangat berharga cuma mungkin mereka terlupa bahawa diri mereka sangat berharga. sedarlah wahai wanita...

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Perempuan Atau Lelaki Yang Lemah Sebenarnya?


UJAR LELAKI WANITA ITU LEMAH...
ujar wanita mereka adalah lembut...
antara lemah dan lembut, besar perbezaan...
namun ada yang tidak rela mengakuinya...
telah ditakdirkan, kerana lembut wanita...
tidak suka pertengkaran, kecuali jika terpaksa...
lalu wanita pun diam...
diam seolah-olah menerima...
dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan...
dalam diam, wanita terus terusan bekerja...
di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri...
dari sebelum tergores garis putih disubuh hari...
hingga jarum jam tegak bertindih jari...

LELAKI YANG MENGAKU KUAT, SEKELIP MATA SARAPAN TERHIDANG...
apabila pulang dari kerja, di sofa longlai terlentang...
isteri dikatakan lemah, bergelut didapur memasak...
suami yang mengaku gagah, bersantai dihadapan tv tidak bergerak...
selesai memasak wanita menguruskan anak-anak...
menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak...
lelaki keletihan kerana memandu dijalan yang sesak...
beristirehat menonton tv sambil tergeletak...

dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba-lumba dengan masa...
memandikan anak, melipat pakaian, dan membasuh baju...
kaki tangan semua digerakkan dengan laju...
menyiram pohon-pohon bungan yang makin layu...
sebelum solat maghrib untuk sujud, menyembah yang SATU...
makanan dihidang selepas solat...
selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji...
sedangkan suami tersandar semula seperti tadi...
sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji...

dalam diam, semua kerja rumah segera diselesaikan...
lelaki terpelajar sekelip mata, ingin menghapuskan diskriminasi...
lantang membela nasib wanita...
memberi kesedaran supaya segera bangkit...
meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi...

hukum agama telah terpapar...
tugas isteri mengemas rumah menjaga anak...
membasuh pakaian, menyediakan makanan...
jika isteri tidak terdaya melakukannya...
seorang pembantu wajar disediakan...
lelaki yang hanyut dalam keasyikan...
tidak mampu menerima perubahan...
rela bertahan bagaimana jua...
asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati...

dalam diam...
wanita yang sering dianggap lemah...
meneruskan hidup dengan segala kekuatan...

kekayaan yang paling kaya adalah akal...
kemiskinan yang paling besar adalah jahil...
keburukan yang paling bodoh adalah sesat...

tak perlu mencari teman secantik balqis...
jika diri tak seindah sulaiman...
mengapa mengharap teman setampan yusuf...
jika kasih tak setulus zulaikha...
tak perlu diri menjadi seteguh ibrahim...
jika tak sekuat syaroh...
mengapa didamba teman hidup seistimewa khadijah...
jika diri tak sesempurna Rasulullah...

tak guna ada mata kalau tak dapat melihat...
tak guna ada hati kalau tak dapat menilai...

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Wednesday, February 22, 2012

Siapa Nak Cari Calon Bini Boleh Rujuk Sini



Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya. 

oleh itu terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. antaranya:
~ perempuan yang taat beragama.
~ berketurunan yang baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya.
~ perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak.
~ sekufu atau hampir sekufu.
~ masih gadis atau anak dara.
~ pasangan bukan daripada keluarga terdekat.

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Wanita Hiasa Dunia Penyeri Akhirat

sumber


pertama: doa wanita lebih termakbut daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.


kedua: wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh.


ketiga: barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


keempat: barangsiapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. manakala barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia menderhakakan anak Nabi Ibrahim A.S.


kelima: wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku didalam syurga.(Rasulullah S.A.W)


keenam: barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau saudara perempuan lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka, dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa, serta bertanggungjawab maka baginya adalah syurga.


ketujuh: barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


kelapan: syurga itu dibawah telapak kaki ibu.


kesembilan: apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapa mu, maka jawablah panggilan ibu mu dahulu.


kesepuluh: wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Thursday, February 16, 2012

bila kepala otak berdescripsi





dah tahap cipan pakcik din ujang ni aku punya bosan. datang kerja dari pagi sampai petang tapi tak ada buat apa-apa. aku ngadap muka member aku, dia pula ngadap muka aku. bersilih ganti. kalau dia lelaki mau dah jatuh cinta pandang memandang dah ni.


panjang pulak pendahuluan aku ni. kalau karangan dah dapat kepujian dah tu. but seriously aku habaq kat hang, bosan wey dok kat opis ni. pff... opis wa cakap lu... macam kerja makan gaji besar je kan.
praktikal je pun. pe de hal.


dah nak habis dah cekelat kopiko yang aku beli tadi. angka 5.30 kat jam tu tak cecah-cecah jugak lagi. dah la esok pun kena kerja. tapi half day la. ikut hati aku sahkan full, half pun aku tak nak datang. tapi tu tunggu aku dapat kerja kat company bapak aku sendiri la kan. (bapak aku mana ada company pun)


macam-macam pulak bermain kat kepala aku hari ni. bila nak balik ni? kenapa aircond tu dijadikan ejuk ye? dan kenapa diberi nama aircond? kenapa bukan kentut ke, peti ke ape-ape je la. yang selain dari aircond.


pandang kanan nampak helmet hitam ntah sapa yang punya. kalau la aku punye, mau penuh gambar bunga-bunga dengan hello kitty kat helmet tu. atas rak ada safety boot. sejak safety boot tu menjadi hak milik aku, langsung tak keluar ke site. ape jadah ntah bos aku suh beli kasut tu. baling anjing pon boleh mati.


pagi tadi dengan imej muslimah sejati aku meng'update' blog dengan topik islamic. wah.. nak cari calon suami kena la tonjolkan imej islamic kan. bukannya tontolkan apa yang tak patot. kang tonjol kang lain pulak jadinya. kang tempat lain pulak tumbuh bonjolan. simpang malaikat 44


yeah. karangan aku dah siap. boleh la hantar. siapa cikgu nye ni? lu pikir la sendiri
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

muhasabah jumaat yang mulia

Semua orang tahu yang hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Jadi hari Jumaat ni banyak Barakahnya.


Dunia ni dicipta pon pada hari Jumaat kan. Ianya akan dibinasakan juga pada hari yang sama iaitu hari Jumaat. Jumaat bila? Itu yang kita tidak tahu. Ynag mengetahuinya cumalah Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui.


Tadi Nurul ada terbaca satu artikel tentang "KUBUR".
Sesetengah orang akan rasa cuak dan takut bila berbicara tentang hal KUBUR ni.






Jangan risau semua akan lalui alam KUBUR ni suatu hari nanti.
Semua orang akan merasainya. Sabar dan berdoa agar kita semua tergolong dalam golongan yang diringankan siksaan KUBUR nanti. Amin~


Untuk pengetahuan korang semua, KUBUR menyeru kita yang masih hidup ini sebanyak 5 KALI SEHARI.


"KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK 5 KALI"


Seruan pertama :
          Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


Seruan kedua :
          Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.


Seruan ketiga :
          Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.


Seruan keempat :
          Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.


Seruan kelima :
          Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "laa ilahaillallah Muhammadar Rasulullah", supaya kamu mendapat jawapan kepadanya.




Cukup 5 seruan KUBUR kepada manusia setiap hari. Sama-sama kita perdekatkan diri kita ke jalan Allah sementara hayat dikandung badan. Bila dah sampai masa nanti menangis air mata darah sekalipun masa tidak akan undur balik berputar kemasa yang sudah.


Pesanan buat diri sendiri dan juga pembaca. Sentiasa lah ingat mengingati sesama kita agar dapat sama-sama perbaiki apa yang patut.


Nurul pun tak pandai nak ceramah bertarbiah macam-macam. Cuma apa yang Nurul tahu Nurul akan kongsikan untuk semua.


Sharing Is Caring kan...


SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERAMAL
MOGA MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI
SALAM JUMAAT DARI
NURUL 


jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Monday, November 21, 2011

tip berpakaian mengikut bentuk badan

SEGI EMPAT BUJUR

perempuan yang mempunyai garis pinggang yang kecil ataupun tiada langsung. bergantung kepada berat badan ataupun ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket ataupun fabrik lembut bagi pakaian bahagian atas.


BERLIAN

bentuk ini dikategorikan untuk perempuan yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dada. bagi menampakkan bentuk badan seakan-akan kurus, perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap ataupun gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.


BUJUR TELUR

mereka yang mempunyai bentuk badan ini perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana. sebagai tambahan mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni bagi mengalih perhatian.


JAM PASIR

bentuk ini diandaikan sebagai bentuk badan sempurna. wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. sementara ukuran pinggangnya lebih kurang dua puluh lima sentimeter lebih kecil daripada dada ataupun pinggulnya. mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa sahaja pakaian. membeli belah cukup mudah untuk mereka.


SEGI TIGA TERBALIK

bentuk badan seperti ini juga yang kedua diimpikan oleh wanita. bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. bagi menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka perlu memilih skirt bergaris A, teksture yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. bagi meminimum kan bahagian atas badan. pilih blaus berkolar luar, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.


SEGI TIGA (BUAH PIR)

bentuk badan biasa yang dimiliki oleh wanita. bahagian pinggul lebih besar daripada dada. wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.



jangan lupa follow blog nurul k ^___^

perkara yang patut dilakukan bila berhadapan dengan situasi yang memalukan diri sendiri

saya mahu kongsikan sedikit tips disini bagi dijadikan rujukan dan peringatan kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan perkara yang memalukan diri sendiri (macam2). apa yang patut dilakukan ialah:

(1) berlagak seperti tiada apa2 yang berlaku. 
     :: antara waktu sesuai apabila kita melepaskan angin secara tidak sengajatanpa dikesan sesiapa pun ::

(2) minta maaf dengan muka penuh keyakinan apabila perlu. berlagak seperti kita berani dan tidak berasa malu mengakui salah kita.
     :: bila orang tahu kita yang melepaskan angin dan kita tak dapat nak elak lagi, jadi, hadapi saja kenyataan tu dengan muka selamba ::

(3) bila terlalu malu, tidak sanggup berpura-pura seperti tak ada apa-apa berlaku, pilihan lain yang kita ada ialah sila berpura-pura pengsan ataupun dalam kesakitan bagi menukar reaksi orang dari mahu ketawa kepada cemas dan mahu membantu.
     :: bagi insiden seperti terjatuh di khalayak ramai ::

(4) senyum atau cuba ketawa seperti tidka kisha dengan kejadian yang memalukan itu.
     :: dalam hati Tuhan saja yang tau ::

(5) teruskan hidup. percayalah orang lain ada banyak lagi perkara penting dalam hidup selain terus mengingat ataupun memikirkan insiden yang memalukan kita 


inilah 5 perkara yang saya sematkan dalam hati supaya saya lebih bersedia menghadapi saat melalukan. semoga saya akan makin cekap apabila berhadapan dengan situasi yang buat saya mahu sembunyi di dalam selimut walaupun hakikatnya ia tidak mudah untuk dilakukan.


jangan lupa follow blog nurul k ^___^

1001 tentang jerawat yang menyakitkan hati!


jerawat ni terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlampau banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya pada muka, dada dan belakang iaitu kawasan yan banyak bulu roma.

liang minyak yang tersumbat akan minjadi bintik putih apabila ia terjadi di bawah kulit ataupun bintik hitam apabila di lapisan luar kulit. kulit akan menjadi kemerahan apabila radang terbentuk di sekeliling liang tu. lebih esar kawasan radang, lebih mudah terbentuk nanah dan meninggalkan parut jerawat kalau tiada rawatan atau ubat yang sesuai. untuk menghilangkan parut jerawat adalah paling sukar.

PUNCA PERTUMBUHAN JERAWAT.



  • faktor hormon terutama bagi perempuan yang berumur lingkungan umur subur.
  • faktor keturunan, ahli keluarga memang banyak jerawat.
  • penggunaan pil perancang.
  • kosmetik
  • pakaian yang ketat.
  • sebab stress dan gangguan emosi.
  • terdedah pada asap dan bahan kimia.

ada jerawat yang akan hilang dengan sendirinya kalau kulit sentiasa bersih dan sihat. tapi ada juga yang makin teruk dan kronik.


CARA HILANGKAN @ KURANGKAN JERAWAT.

  • basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kesap dan kasar.
  • guna pencuci muka yang lembut dan air yang banyak..
  • elakkan mensaunakan muka.
  • jaga pemakanan. setiap orang ada alahan mereka masing-masing dan tak sama macam orang lain, jadi elakkan makan makanan yang korang alahan tu.
  • dapatkan rehat yang cukup.
  • pakai pakaian yang longgar. dan kain yang meresap peluh.
  • elakkan pakai minyak rambut. sAerum tak pe.
  • guna makeup berasaskan air.
  • basuh mekap sebelum tidur.
  • jangan guna terlalu banyak pelembab kulit.
  • elakkan cahaya ultra ungu matahari.
  • jangan picit jerawat.
MUKA SIHAT TANPA JERAWAT!

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Friday, October 14, 2011

tips cantik dengan kos paling murah

Assalamualaikum...


hari ni ada satu tips yang nak dikongsikan bersama. iaitu kasiat buah lemon dalam kecantikan.


Lemon antara buah yang sering dibuat minuman jus dan juga untuk kegunaan dalam memasak. Namun, selain dua fungsi tersebut, ternyata ia juga bermanfaat untuk digunakan dalam kecantikan. Kat bawah ni antara manfaat-manfaat lemon untuk kecantikan :

Pertama : 

Mencerahkan kuku tangan dan kaki.

penjagaan kuku tangan mahupun kaki sering diabaikan. Padahal kalau kuku tak dirawat dengan baik dan betul, ia boleh menjadi tempat bersarangnya kuman. Selain itu juga, jika kuku nampak kotor dan kusam secara tak langsung boleh menurunkan rasa percaya diri. Oleh itu, untuk memastikan kuku sentiasa bersih dan nampak cerah, kita boleh buat rawatan sendiri dengan menggunakan buah lemon. 

Caranya : 

- Sediakan sebiji buah lemon.
- Potong lemon tu menjadi dua bahagian.
- Perah air lemon tersebut.
- Campurkan dua sudu air lemon itu dengan satu sudu ubat gigi ke dalam mangkuk.
- Kacau sampai ubat gigi tu larut dalam air lemon tu tadi. 
- Sapukan pada kuku perlahan-lahan. 
- Biarkan selama seminit dan bilas dengan air suam.
- Untuk kesan lebih baik, sapukan losyen badan pada kuku untuk lembabkan kuku tersebut.


Kedua : 

Sebagai pelembut kaki.

Terlalu banyak berjalan boleh menbuatkan tapak kaki menjadi kasar dan terjadinya ketebalan di tapak kaki. Untuk mengatasi masalah ni, buah lemon boleh membantu melembutkan tapak kaki sekaligus mematikan kuman yang terlekat di kaki. 

Caranya :
- Siapkan sebuah bekas kecil dan isikan dengan air suam enam gelas, tiga cawan air lemon, satu cawan susu dan dua sudu serbuk kayu manis.
- Campurkan bahan tersebut hingga rata dan rendam kaki sambil gosokkan dengan batu selama lima belas minit. 
- Bilas dengan air suam sampai bersih dan keringkan.
- Buat seminggu sekali.

Ketiga : 
Menyihatkan rambut

Inginkan rambut nampak berseri dan bersinar? Lemon boleh menbantu menyinarkan lagi rambut. 

Caranya : 
- Dengan bantuan sikat, sapukan perahan air lemon ke bahagian rambut. 
- Jemur rambut di bawah sinar matahari tapi gunakan krim tabir suria supaya kulit tak terbakar. 
- Bilas rambut seperti biasa dengan menggunakan perapi dan keringkan. 

setelah kering, boleh la melihat hasilnya di mana rambut  akan nampak lebih bersinar dan bertenaga.

jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Saturday, September 03, 2011

obses nye korang

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.


aku baru saja lepas jemur kain. dan sekarang aku penat. nak rehatkan badan sambil menaip.


well, tadi aku buka facebook. aku tengok ramai sangat yang dah upload gambar masa hari raya. home aku full dengan gambar2 raya korang. bullshit! mana pergi semua post? takkan orang upload korang kene upload gambar juga? cuba korang buat lain dari orang lain buat. komporm dapat sambutan.




masa orang sebok nak post status korang nak post status jugak. bila orang sebok nak upload photo korang pun join sekaki. tak ada idea lain ke korang ni. cuba cambahkan sikit kepala hotak korang tu. mata aku tengok pun berbulu je tau.. aku pun raya jugak. tak ada pun nak upload tayang body kat situ. (jeles sebenarnye) heh.


seminggu sebelum raya : 


masa ni sebok post pasal baju raya tak bel lagi la. uhuk2 =[.... tak kurng juga dengan yang upload gambar baju raya, kasut raya, anting2 raya, selendang raya, biskut raya. macam2 raya lagi lah yang ada. padahal beli kat jalan masjid india je. tu pun nak upload.




aku tau la. tengok gambar pun aku dah tau. kalau nak up sikit pun uptown mali je. tak yah la nak upload. basi tau baju raya korang tu.
kalau aku dolu2 masa zaman mudo2 dulu. segala persiapan untuk raya ni la tak nak tunjuk kat sape2 selagi bukan hari raya. bia semua orang ternganga mulut tak boleh tutup terkezu dengan kemeriahan baju raya, kasut raya aku. bling2 gitu. (wlaupun kadang2 ade yang tergezut sebab tersama baju). mase ni la baru suprie orang putih anak mat saleh kata.


ni bila semua dah pandai berfacebook ni, semuanya kalau boleh nak tunjuk.. tak ada nilai estetika langsung. hilang semua feel baju baru. tak ada kezutan langsung bila teknologi semakin maju ni. aku benci teknologi. (tapi blog tak pe)




1 hari sebelum raya :


masa ni facebook penuh dengan post and gambar on the way balik kampung. orang lain balik kampung jugak tau. tak payah la nak post. lagipun semua orang dah tau. rutin sehari sebelum balik kampung, memang orang akan berpusu2 di jalan raya lumba sape paling cepat sam[ai kampung dia yang menang. ada juga yang menang pakej ke jalan yang satu. menemui ajal.




tak kurang juga yang post 'kite tengah kejar ayam ni, nak wat rendang. so happening la kat kampung kite. jom la join kite kejar ayam nih" bullshit. sekarang zaman dah moden la. tak main la kejar2 ayam kat reban tu. pasar ada. beli je. terus dapat yang dah potong dah pun. tunggu cuci and masak je.. memang la feel. tapi kalau ayam tak dapat tapi ptah tangan yang dapat, best ke raya macam tu? aku lebih suka kemudahan. takkan kat kampung korang kolot sangat kot sampai pasar jual ayam pun tak ada.
tipu... aku tak suka orang menipu. hahahahaha.. gelak guling3...


hari raya pertama :


korang memang tak faham ek hari raya tu ape? yang korang still bertenggek kat depan laptop buka facebook tu buat ape? tak reti2 nak pegi beraya kat rumah orang ke? kutip duit raya. boleh share dengan aku. korang ngadap facebook pun bukan dapat duit raya pun. kalau ngadap seminit dapat seploh ribu, aku pun nak ngadap juga.




hari raya pun ramai yang sebok berfacebook. post sana sini, komen segala. 'seronok la hari ni hari raya' tapi still dok berfacebook juga. seronok mende? ni la teknologi. habis dah nilai kasih sayang and feelng raya hilang.


raya ke dua : 


lagi la. penuh dah gambar2 raya korang. nasib baik tak hang je facebook. berat.... ye la. dah la upload gambar one big happy fanily. anggotanya pun big2 blaka. tu yang berat tu. heh
gurau je. jangan terasa di bulan2 mulia penuh barakah ni.


ohh.. well. mintak maaf ok. 


di kesempatan ini. aku nak ucapkan selmat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batain pada korang semua. jemput lah datang beraya kat rumah aku ni.  
mintak maa sekali lagi. Assalamualaikum... sayang korang!
jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Sunday, August 28, 2011

apa perempuan zaman sekarang buat sehari sebelum raya

assalamualaikum....

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin!!!
tanda seru tu bukan marah ye... tu tanda excited. heh~

nama samaran baru saya : Cik J

esok pagi cik j dah nak gerak balik kampung cik j dah kat kota bharu kelantan.
so malam ni la peluang cik j ade nak wish kat korang semua selamat hari raya...
sebab kat kampung cik j xde wifi. 

tak sabar sebenarnye nak balik kampung ni, maklum lah, dah lama tak balik kan. setahun sekali je balik. huhu
nak buat macam mana kan, masih diperantauan menuntut ilmu.. cewah....

ok, cik j tau yang dah lama sangat cik j tak update blog cik j ni.. maklum la busy sikit.
lagipun cik j jarang melekat dengan lappy. banyak masa dihabiskan dekat makmal ujikaji.

ok, macam tajuk yang cik j kali ni.. yang kat atas tu, cij j nak story sikit ape yang gadis2 baya cik j tengah buat ape sekarang....

pertama : melekat kat utube tengok hijab tutorial.

sekarang ni kan musim berselendang. tiap2 hari pakai selendang, pegi kelas berselendang, pegi beli juadah berbuka berselendang, pegi shopping, pegi tarawih, pegi mana2 pun mesti berselendang.
jadi bila tiba hari raya nanti, masing2 mesti lah nak kelihatan lain dari yang kebiasaan.
nak jadi queen of the aid.
so kene la cari gaya belit selendang yang paling kreatif and paling cun dialam semesta ini...
tak terkecuali la cik j ye.. heh~

kedua : usha majalah fashion tengok gaya rambut

ni bukan setakat si gadis ni. si jejaka pun join sekali.
sape nak ditinggalkan dalam arus fashion dunia sekarang ni kan, tak da sape pun.
nak gaya kerinting ke lurus? kerinting ke lurus? hermmm~~~~
si lelaki plak.
nak buat pacak ke ek tahun ni? tahun lpas dah gaya messy.. ke botak? 
cam askar plak.
gaya rambut kpop group super junior la plak kali nie.
ne tau ade awek sangkut.

macam2 kerenah ada....

ketiga : jahit manik pada baju kurung :

padahal dekat baju kurung die tu memang dah penuh pun dengan labuci and manik2... 
tapi masih tak berpuas hati lagi..
katanya, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke ketiak...
labuci dah beli setengah kilo, pasang la sumernye. baru bergaya 
raya tahun ni kan. 
dari jauh dah nampak... silau je...
silap2 nak pakai pun susah, berat dengan labuci tu sume...
hehe

keempat : tengah test kasut baru

kasut baru beli kat pavilion la katekan... kene la test dulu...
kalau bleh bawak tido sekali malam raya...
berjalan depan cermin, sambil catwalk...
sanggup tu beli cermin 2 rengget, sebab senang boleh letak kat bawah nak cermin kasut kat kaki kan
kene la cermin kat bawah macam kat kedai kasut. baru puas hati.
silap2 ada tu yang sanggup cukur bulu kaki...
jangan dik oi... haram tau..

kelima : buat kueh raya la.. apa lagi..

kueh ape yang tak ade, sumernye ade, semperit, tart, almond london, chocolate chips, 
bantal buruk, popia gulung, corn flake madu,
kueh bangkit.. ha ape lagi... cik j pon tak tau.
rumah dah macam kilang biskut...
boleh la join IKS lepas nie. jadi peniaga kueh raya plak...


keenam : ha, yang ni lain sikit... berbloging

salah seorang nya ialah cik j...
haha, and blogger2 tegar yang lain tu... 
orang kata, lain orang lain perangai and tabiat...
ni la tabiat kita masing2 berbeza2... so tak boleh la nak kate ape kan...
cewah.. hehe... backup diri ni...~~





jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Friday, July 01, 2011

lelaki perlu ubah cara... kalau tak perempuan tukar selera

Assalamualaikum...

hri ni... post2 nurul sumernye beremosi. haha
ye la. mau nye x emosi... sape pon x mampu nk sbr tau...
klu asyik mkn hti je kn...
skali skale kne luahkn jge...

stetement : 

kenapa lelaki x pernah nak mulakan dulu msg dgn seseorg prempuan.
sdgkn mereka berhubungan...


ha... ni statement nurul hri ni...
x kre.. nk gne statement ni jgk...
sbb byk bende yg mengaitkn statement ni dgn kjadian. hehe

firts story... my friend... sbb ni jgk... tup2... let go.. msing2 bwak hluan sndri...
ktenye x thn nk sbr je...
ade bts jgk...

klik gambar untuk besarkan
x tau la sme ade korg sumer prasan or x. tp ni la knyataan nye...
lelaki mmg mudh lpe yg die ade tanggung jwb yg blum slesai...
ade seseorg yg tunggu die, tiap2 hri..
ade org yg perlukn perhtian die tiap2 hri...
MLAINKAN KLU LAKI 2 XDE GF..
STATEMENT NI UTK YG DE GEPREN...

klik gambar untuk besarkan


boleh diktekn stiap mse. hnye girl 2 je yg asyik igt kt die.
runsing je ble laki 2 x msg. x contact...
stiap kli contact. girl 2 je yg asyik mle dlu... klu gilr x msg, xde la laki 2 msg die...
xde la msg lgsung hri 2...
lpe la yg die tu ade komitment yg nk kne jge....

blh x klu nurul ktegorikn laki cm ttu ni sbagai laki yg x bertggung jwb?
agak2 boy2 kt lua sne tu mrh x?
agak2 ade x yg nk bling spare tayar kt nurul?

ha ni la laki skrg... tau mrh... tp nurul x kte pd smue. ni utk ssetngah boy je.. yg x sdr dek dri...
x bersyukur, ade girl yg stie pd die...
mse nk minx caple... bkn men lg.. lembut gigi dri lidah... 
ble dh dpt.. wt derk je...

bkn ape... ce korg pk ek... 
ble org wt bdh je kt kte an.... ape kte ase... korg laki tu... ape korg rse? ase nk sumpah sranah pun de kn...
ha pompuan pon cm tu gak...
ase bebulu jep... lme2 xleh sbr gak.... leh angkt kaki gak tau...

mmg la pompuan tu dh syg kt boy tu. tp klu kne wt taik cm tuh... syg pon leh tukr jd benci ngan bengang tau...
syg tu leh tkr jd bosn tau... 
pastu ble pompuan minx ptus... mle kte pompuan tu mle brubh hti...
xleh cye la... kaki jantan la...
x stie la.. ade org lain la... itu la.. ini la...
mcm2... 

sdgkn realiti nye... 
ni la yg korg x tau whai boy...
girl pon leh wt kputusn utk kbhgiaan die sndri tau. 
klu berduit pon tp xreti jge hti girl cbut lri gak tau...
wt pe nk setie pd org yg x hargai kte kn..(ayt boy slalu gne)

xtau ke pompuan pon leh cri len gak tau....

herm...

klik gambar untuk besarkan
mmg la laki ni ego.. sumer org tau....
mmg x dinafikn.. but.. dlm sesetngah perkare... laki perlu rndahkn jgk ego die...
pompuan pon ade ego die tersendri.. tp bertempat. diorg tau ble mse sesuai ptut tgikn ego.. bkn men hentam je
(ni mrh btul ni)

ke korg yg boys ni nk girl sumer gne diorg punye ego? bolh je.. klu fiorg gne ego dorg.. mknenye korg x berbini smpai hembus nfas terakhir la mknenye...

so plizzz la... hargai girl korg...
bkn duit... but ksh syg... tunjuk la kt diorg korb syg die...
jgn sie2 kn hti dorg...
nurul pon girl.. nurul tau pe diorg rse...

sorry klu ade yg nurul terksar bhase ok....




jangan lupa follow blog nurul k ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Assalamualaikum...

Semua info atau entry kat sini if u ollz nak copy its ok.
u can, but must ada credit to me. Copy je ke blog korang as korang punye entry, then put credit to this blog as a link.
Orang kata orang berbudi kita berbahasa. Thats all

terima kasih